Minta maaf kerana sudah agak lama tak menyambung penulisan mengenai Facebook Pages kerana Sherrina menerima banyak panggilan daripada syarikat dan usahawan yang berminat untuk mengetahui mengenai Facebook Pages dan bagaimana menggunakan Facebook Pages dengan efektif untuk perniagaan, persatuan dan lain-lain lagi.
Tips kedua yang ingin Sherrina kongsikan disini ialah profile picture. Apa itu profile picture? Profile picture ialah gambar yang dimuatnaik ke Facebook dan dipamerkan di ruangan kiri sebagai identiti Facebook tersebut. Profile Picture ada pada semua jenis Facebook. Personal, Pages, Group dan lain-lain.
Bagi pemilik Facebook personal (Add as Friend), biasanya menggunakan foto sendiri sebagai profile picture. Ada juga menggunakan foto-foto lain seperti kartun, artis, gambar keluarga dan macam-macam lagi. Mengikut kreativiti masing-masing. Bagi pemilik Facebook Pages khususnya jenama, perniagaan, persatuan dll, profile picture ini penting sebagai identiti. Dengan hanya sekali lihat, orang dapat mengetahui siapa pemilik Pages tersebut. Kebiasaannya logo digunakan didalam Facebook Pages.
Gunakan foto yang sesuai sebagai profile picture anda. Elakkan memplagiat logo atau foto orang lain. Ini adalah identiti anda. Jika perniagaan anda telah besar dan makin terkenal, sudah menjadi sukar untuk mengubah ingatan orang terhadap profile picture anda jika anda mengubah kepada logo lain pula nanti. Seeloknya, hasilkan satu logo dan kekalkan ia dalam semua aspek design profile picture anda, walaupun anda akan mengubahnya di kemudian hari.
Apakah saiz yang dibenarkan untuk profile picture? Facebook membenarkan sesebuah profile picture di hasilkan sehingga ke saiz 180px lebar X 540px tinggi. Ia kelihatan seperti sebuah bunting tegak. Itu adalah saiz terbaik bagi sebuah profile picture. Saiz ini tidak terhad untuk Pages sahaja. Untuk personal Facebook pun boleh jugak. Maka, sebaiknya anda memaksimumkan kemudahan yang disediakan ini dengan menghasilkan profile picture yang sebagus mungkin pada saiz yang diberikan.
Apa yang boleh dimasukkan di profile picture bersaiz 180px X 540px? Oh…macam-macam. Lihat contoh diatas. Mereka memasukkan foto mereka, siapa diri mereka, no telefon, URL website, email, promosi terkini dan lain-lain. Dengan profile picture bersaiz lebih besar dan panjang, anda boleh memanfaatkan sepenuhnya. Dengan hanya melihat profile picture, orang boleh tahu siapa anda dan apakah yang anda tawarkan di Facebook anda.
Jadi, cuba periksa profile picture anda. Adakah anda sudah memanfaatkan sepenuhnya kemudahan profile picture yang disediakan oleh Facebook? Jika tidak, mengapa tunggu lagi. Tak reti buat? Ramai graphic designer di luar sana yang kini meluaskan perkhidmatan mereka kepada merekabentuk profile picture dengan harga cukup berpatutan. Sebagai contoh, HambliDesign yang menyediakan perkhidmatan ini pada harga berpatutan dengan design yang hebat.
Dalam Tips #3 saya akan ceritakan mengenai kepentingan merekabentuk profile picture dengan saiz thumbnail yang tepat. Jika anda dapati tips ini bagus, kongsikannya kepada orang lain dengan klik pada butang Tweet, Like atau Stumblepon di atas post ini 🙂
Leave a Reply