Food Review: Makanan Mogul di Platinum Walk

Hari Ahad yang lalu, Sherrina sekeluarga membawa walid ke sebuah restoran makanan arab di Platinum Walk, Danau Kota sempena sambutan hari jadi walid yang jatuh pada 4 Jun dan bersempena dengan sambutan Hari Bapa. Ini kali kedua kami makan di restoran ini. Harganya berpatutan dan makanannya memang sedap. Mari saya ceritakan apa yang saya makan:

Nan Cheese

Sherrina selalu makan roti nan cheese di restoran mamak. Tapi tak boleh lawan roti nan cheese disini. Belum lagi mampu menandingi kehebatan roti nan cheese di restoran berdekatan Shiraz di Jalan TAR tapi bagus roti nan cheese ni. Tidak terlalu tebal. Mcm thin crust pizza gitu. Cheese nya cukup, tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu banyak. Memang enak. Harganya RM3 sekeping. Memang kenyang makan sekeping roti nan cheese ini yang di potong 4.

lamb masala

Ini namanya lamb masalah. Fuhh, kalau sudah ada roti nan cheese tapi takde kuah nak dicicah…tak jalan beb! Pekena lamb masala….dengan pekatnya, dengan manis-manis pedas. Lamb tu pulak lembut dipotong dadu. Terangkat beb! Serius tak tipu. Sampai licin le kuah tu dikerjakan.

teh tarik arabTeh tarik disini terbaek!

Gajar Halwa

Gajar  Halwa.  Sejenis manisan. Hirisan lobak merah dimasak dengan susu. Rasanya oklah…sapa yang suka carrot mungkin akan suka manisan ini

Gulab Jamon

Ini pula namanya Gulab Jamon. Tepung dibuat bebola yang dikukus. Dimakan bersama kuah yang agak pelik. Rasa rempah. Tak kena dengan tekak melayu Sherrina.

Bagi yang teringin nak mencuba masakan timur tengah yang asli pada harga berpatutan, restoran ini terletak berhadapan 7-Eleven di Platinum Walk. Namanya lupa. Ada perkataan Mogul pada papan tanda kedai, kalau tak silap. Rasanya memang akan datang semula untuk pekena roti nan cheese dan lamb masala yang sedap menjilat jari itu.

Jumlah keseluruhan makanan termasuk capati, dua set nasi beriani, air lassi, air jus ialah dibawah RM50. Cuma kalau datang waktu malam, susah sikit nak cari parking. Siang hari di hari minggu agak mudah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *