Mencari Statistik Facebook

Terdapat dua buah website yang sering menjadi rujukan Sherrina apabila ingin mengetahui statistik terkini penggunaan Facebook. Dimanakah kedudukan Malaysia dalam statistik pengguna Facebook di dunia, apakah jenama yang paling ramai fans di Facebook dan banyak lagi. Data-data ini penting untuk memahami corak penggunaan Facebook di Malaysia bagi memudahkan Sherrina berinteraksi dan memberi peneranan kepada pelanggan semasa membuat presentation mengenai Facebook Pages.

Website pertama yang Sherrina akan rujuk ialah SocialBakers.com. SocialBakers menyediakan data yang sangat komprehensif dan terkini. Lebih menarik lagi, SocialBakers menyediakan banyak artikel berkongsi tips dan maklumat menarik mengenai Facebook Marketing.

socialbakers

Laman web kedua ialah CheckFacebook.com. CheckFacebook.com tidak sekomprehensif SocialBakers kerana ia menyediakan data asas sahaja. Tidak begitu detail dan menyeluruh seperti SocialBakers.

Cubalah ke SocialBakers dan lihat sendiri. Memang menarik dan berinformasi.

2 Comments


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *