Dalam perjalanan ke Pandan Indah tadi untuk mengajar tuisyen, MRR2 sesak selepas susur Ampang Point ke Pandan. Macam biasalah, MRR2 area situ memang sesak tak kira lah hari apa pun. Tapi tadi ketika memandu kelihatan kereta berpusu-pusu berganjak ke lane tengah dan paling kanan. Sampai di kawasan tak jauh dari Tesco, rupanya ada sebuah kereta terbakar. Kelihatan seorang lelaki dan barang-barang di tepi jalan sedang menelefon. Di hadapan pula beberapa orang penunggang motosikal memberhentikan motor untuk mengambil gambar. Itulah pertama kali melihat kereta terbakar…masih marak.
Apa faktor yang menyebabkan kereta terbakar ya?


4 comments
Skip to comment form ↓
naz
18/06/2011 at 1:39 AM (UTC 8) Link to this comment
sebab 1) tak tukar minyak hitam.. 2) tak cek air.. kengkadang air tu sampai kering 3)enjin panas sangat 4) karburator(tak reti eja) dah leaking atau rosak
Sharifah Sharina Syed Aswad
18/06/2011 at 11:12 PM (UTC 8) Link to this comment
Naz, terima kasih kerana berkongsi ilmu. Saya sendiri ambil iktibar daripada peristiwa ini. Tidak boleh ambil mudah dalam soal penjagaan kereta, walaupun saya perempuan.
mak lagenda
18/06/2011 at 8:14 AM (UTC 8) Link to this comment
terbakar..mgkin sbb kereta tu ada buat wiring then wiring tu ada litar pitar kot!
mcm kereta waja jer…nauzubillah!!! intak dijauhknlah jd kat kita..
Sharifah Sharina Syed Aswad
18/06/2011 at 11:13 PM (UTC 8) Link to this comment
Mak Lagenda, mungkin juga. Kesian melihat pemilik kereta tu. Betul, doa banyak2 agar tidak jadi kepada kita.