Facebook Pages Tips #1: Facebook Pages Username

Saya menerima banyak soalan berkenaan Facebook Pages dari sudut design dan teknikal. Insya’ Allah, saya akan cuba kongsikan ilmu dan pengalaman saya dalam bidang penyediaan perkhidmatan membina dan merekabentuk Facebook Pages dengan optimum.

Mendaftar Facebook Pages cukup mudah. Anda hanya perlu ke www.facebook.com/pages dan disitu ada butang Create Page untuk memulakan operasi membina Facebook Pages.

Facebook Create Page

 

Setelah anda ikuti step yang disediakan, maka siaplah Facebook Pages anda. Jika anda lihat di ruangan Address Bar, ianya akan kelihatan seperti ini: http://www.facebook.com/pages/namapagesanda/123456789

Untuk mendapatkan alamat Facebook yang cantik untuk diletakkan pada bisnes card anda, cukup mudah. Tapi ramai yang tidak melakukannya. Ini amat merugikan kerana Facebook hanya membenarkan pendaftaran satu username sahaja. Maknanya, jika nama yang anda mahu itu sudah diambil orang, anda tiada peluang untuk mendapatkannya (kecuali jika nama syarikat anda itu brand yang terkenal seperti Coca Cola, McDonalds dll, maka boleh mohon kepada Facebook untuk mendapatkan nama yang telah diambil orang lain).

Apakah cara untuk mendapatkan username supaya alamat Facebook Pages anda menjadi seperti ini: www.facebook.com/namabrandanda ? Sangat mudah! Ikuti langkah dibawah:

  1. Login ke Facebook
  2. Pastikan anda adalah admin Facebook Pages tersebut (jika anda yang daftar FB Pages itu, semestinya andalah admin. Kecuali anda telah dikeluarkan daripada senarai admin oleh admin lain)
  3. Di ruangan Address bar, taip: http://www.facebook.com/username
  4. Pilih nama page anda dan taipkan username yang anda kehendaki di ruangan yang disediakan
  5. Jika username tersebut telah diambil oleh orang lain, anda perlu mendapatkan nama lain. Biasanya, boleh ditambahkan perkataan. Misalnya, anda mahukan username ButikCantik teapi nama itu tidak available. Anda boleh cuba ButikCantik.com (bagus jika anda sudah ada domain sendiri), TheButikCantik, ButikCantikMalaysia dan lain-lain
  6. Jika nama tersebut available, periksa ejaannya dengan teliti. Jika anda sudah setuju dengan nama tersebut, anda tidak lagi boleh menukarnya
  7. Pastikan anda telah ada sekurang-kurangnya 25 orang fans untuk membolehkan anda mendaftar username

Selamat mencuba!

p/s: Terima kasih kepada sahabat saya, Azizul Rizal, pemilik Diplomatik IT Training Centre yang mengingatkan saya mengenai peraturan wajib Facebook bagi membenarkan username didaftarkan iaitu perlu ada minimun 25 fans baru pendaftaran username dibuka.

3 Comments


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *