Tourism Malaysia Belanja RM1.8 juta utk Facebook Pages

Apabila anda membaca blog post ini, anda mungkin telah pun mendengar gossip terhangat di Facebook dan Twitter semalam. Ya, mengenai bagaimana Tourism Malaysia membelanjakan RM1.8 juta untuk membina dan menyelenggara 6 Facebook Pages milik mereka.

 

Berita di The Malaysian Insider.

Salah satu daripada 6 buah Facebook Pages yang hangat diperkatakan:

www.facebook.com/cuticuti1malaysia

Jangan terkejut membaca empat ratus komen di status terakhir di fan page itu. Rata-rata datang untuk bertanya dan mempersoalkan kos pembinaan yang mahal itu. Tetapi, jika dilihat dari sudut berbeza….ia juga satu publisiti untuk menarik lebih ramai pengguna Facebook untuk sertai fan page itu dan klik LIKE!

Sebagai seorang Facebook Pages designer yang masih hijau dan baru enam bulan berkecimpung dalam bidang ini, Sherrina juga sama terkejut. Wah, kalau diberi peluang untuk terlibat dalam projek ini sekalipun, rasa macam tak sanggup nak kenakan bayaran sebegitu tinggi. Tetapi, kalau anda tahu dan faham akan senario politik dan pentadbiran di Malaysia…biasanya ada udang disebalik megi ini. Saya agaklah. Kita tunggu siasatan lanjut.

Bercakap mengenai pengalaman dalam bidang membina dan merekabentuk Facebook Pages, ianya datang secara tidak sengaja. Dengan satu email kepada client pertama yang masih setia sehingga ke hari ini, iaitu Datuk Dr. Maznah Hamid hinggalah membawa kepada client kedua iaitu Dr. Niki Shuhada Shukor dan client ketiga yang baru selesai training menguruskan Facebook Pages dan Aweber iaitu Prof. Dr. Rozieta Shaary. Banyak pengalaman dan liku-liku ditempuhi sepanjang proses bekerja dengan tiga tokoh hebat ini. Tokoh keusahawanan, tokoh kewangan dan tokoh kekeluargaan.

Terlalu banyak ilmu, pengalaman dan kenangan ditimba sepanjang bekerja dengan mereka. Datuk Dr. Maznah Hamid dan Dr. Niki Shuhada Shukor masih terus mengambil khidmat Sherrina sebagai Facebook Manager. Walaupun tiada sijil khas mahupun kursus dalam bidang social media, selautan ilmu dan perkongsian pengalaman pakar-pakar dalam negara dan luar negara di internet menjadi guru Sherrina. Semuanya trial and error. Jumpa alat baru, cuba. Nampak petua baru, baca. Praktik.

Jika anda berminat untuk memiliki Facebook Pages yang optimum, hubungi Sherrina di sherrina@gmail.com

Sherrina dalam proses menubuhkan sebuah syarikat bagi perkhidmatan social media. Doakan agar usaha ini berjaya πŸ™‚

p/s: Jangan risau. Sherrina tidak charge juta-juta untuk membina sebuah Facebook Pages πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *