Food Review: Amir Char Kuey Tiow

Kalau anda penggemar char kuey tiow, anda tentu tahu port-port menarik yang menyajikan char kuey tiow yang enak. Antara yang terkenal seperti di Sany Char Kuey Tiow di Taman Titiwangsa, Mali Char Kuey Tiow di Taman Bunga Raya, gerai char kuey tiow di Restoran NZ lama dan banyak lagi.

Dulu Sherrina sendiri seorang penggemar tegar Mali Char Kuey Tiow. Boleh dikatakan hampir setiap bulan, paling kurang 2 kali mesti ke sana. Tapi semenjak kene cirit-birit setelah beberapa kali makan di Mali walaupun berjarak 2-3 bulan, Sherrina mula berhenti.

Ketika makan di restoran Kerisik di kawasan gerai belakang Jusco AU, Sherrina ternampak gerai Amir Char Kuey Tiow yang terletak bersebelahan denga Kerisik. Teringin untuk mencuba, Sherrina order sepinggan char kuey tiow special. Ini hasilnya.

amir char kuey tiow
Amir char kuey tiow

 

Mula-mula tu agak aneh pula bila tengok ada telur goreng diberi bersama char kuey tiow. Tapi sedap juga. Char kuey tiow ni memang secukup rasa. Tidak terlalu masin. Kuey Tiow nya tak banyak sangat (memang takleh banyak sangat pun kalau tak, muak dibuatnya). Bilangan udang ada dalam 4 ekor. Sayur tauge dan kerang. Kuahnya terasa manis udang. Memang sedap. Semacam Mali Char Kuey Tiow. Servis pun pantas. Tukang masaknya pun hensem….ehemmm.

Apa pun, kalau teringin nak mencuba char kuey tiow yang baru…gi je di gerai Amir ni di sebelah Kerisik. Kawasan food court belakang Jusco AU.

Sumber: Bannermaster

3 Comments

  • telur ayam dibasuh tu yg tak tahan statementnya tp itulah perkara yg perlu dititikberatkan dalam penyediaan makanan.

    Pernah sorang member menegur seorang pakcik di gerai supaya membasuh telur ayam yang hendak digunakan kerana ditakuti makanan tu jadi tak halal pulak. Pakcik tu kata dia orang islam dan member aku cakap le, sbb tu sy kata makanan tu perlu dipastikan kehalalnya dari segi penyediaan makanan yg bersih dan terjamin kesuciannya, bukankah itu yang dituntut dalam islam? pakcik gerai tu terdiam.

  • Pingback: My Homepage

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *