BBQ di Ulu Yam

Beberapa Sabtu yang lalu Sherrina dan housemates berkesempatan ke Sg Ulu Yam untuk BBQ sambil mandi sungai. Dah lama berhajat nak buat program ni tapi selalu aje ada halangan. Jadual terlalu sibuk, cuaca buruk dan sebagainya. Alhamdulillah, kali ni menjadi pula. Sehari sebelumnya kami membeli bahan untuk membakar di Carrefour Wangsa Maju. Aduh….harga lamb mencanak-canak naiknya. Tapi beli juga sepeket sebab teringin bebeno nak membakar kambing. Selain itu kami beli ayam drumstick, ayam wings, hot dog (yg akhirnya digoreng sahaja di rumah kerana tertinggal), ikan, minuman berkabonat dan jajan. Eh, tak lupa juga arang untuk membakar. Alat BBQ pula dipinjam daripada kak Aidrina (thanks, kak!).

Bahan mentah diperap pada malamnya.

Pagi Sabtu yang indah. Matahari memancar terang. Kami bertolak ke Ulu Yam menaiki sebuah kereta. Jam 8.30 pagi, kami dah tiba di Ulu Yam aras 3. Oh ye, di Ulu Yam ni ada 3 aras. Aras 1 yang paling tinggi. Tak sesuai untuk berkelah dan keluarga. Aras 2 pula di tengah-tengah. Akhir sekali ialah aras 3, paling bawah dan paling cetek. Cetek tak cetek, paras pinggang jugak lah. Bolehlah untuk berendam. Yang penting, tak terlalu curam dan kawasannya berpasir untuk mudah membentang tikar.

Kami ke aras 3 tapi palang pintu masuk ke kawasan parking masih ditutup. Kami bergerak ke aras 2. Kami dimaklumkan yang kawasan itu ditutup kerana ada upacara sembahyang oleh kaum cina. Kami bergerak semula ke aras 3 menunggu palang dibuka. Kawasan ini mula dibuka jam 9 pagi dan setiap kenderaan dikenakan RM4 untuk parking.

Tepat jam 9 pagi, kami membayar yuran dan masuk ke kawasan parking. Seronoknya sebab kami menjadi pengunjung yang pertama pagi itu. Bermakna, kami bebas memilih port yang cantik untuk berkelah. Dan hanya satu port di fikiran Sherrina. Betul2 di bawah parking. Perlu turun batu-batu sikit dan dah sampai. Kenapa lokasi ini paling strategi? Kerana ada kawasan pasir untuk bentang tikar, dekat dengan kawasan sungai yang tidak terlalu berbatu-batu dan ada ‘dapur’. Dapur apa yang Sherrina maksudkan?

 

'Dapur' di Ulu Yam

Memang best lah ada dapur ni. Takyah terbongkok-bongkok nak membakar bahan mentah. Kami letakkan aje tempat BBQ di atas ini dan membakar. Sangat mudah. Rasa macam BBQ di rumah! hua hua hua….

 

Satu jam untuk menghidupkan bara!

Tapi satu perkara yang kami pandang mudah. Ingatkan dah pakar, rupanya masih tak cukup ilmu. Ilmu menghidupkan bara!. Adoyai…dekat sejam lah nak menghidupkan bara pada arang. Pertamanya, eksyen sebab tak beli fire starter. Ingat dah pakar. Keduanya, lupa nak beli minyah tanah. Minyak masak pun tak bawak! Percubaan menggunakan minyak hitam….gagal! wakakakaka….entah mana dpt idea nak guna minyak hitam daripada kereta. Lucu sungguh! Akhir sekali, dgn bantuan ranting kayu, suratkhabar, kotak (habis bahan berasaskan kertas menjadi mangsa), berjaya juga mendapatkan bara. Lepas itu, seronoklah menyusun bahan mentah. Arang yang dibeli ni bagus sebab tahan lama panasnya. Sekejapan aje, habis semua bahan mentah dibakar.

BBQ

 

Enak menjilat jari

Selepas itu aktiviti kami ialah mandi, berendam, berkubang, naik ke darat untuk makan, mandi, berendam dan berkubang semula. Jam 2 petang kami bergerak pulang sebab nampak gaya macam nak hujan. Sampai rumah, tergolek tido sampai petang. Puas hati sungguh. Patut buat selalu. Release tension….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *