Food Review: Imbiss German Deli

1 litre root beer vs 1 glass of cola

Mash potato

Burger apa ntah namanya

Punya tebal sampai kene cucuk ngan kayu supaya burger tak tumbang
Best of the best: beef ribs

Beberapa hari yang lalu Sherrina ngan Fairuz gi lah makan di Imbiss sebelum melawat Suhaila sekeluarga yang berkampung di Hospital Ampang Puteri. Sebelum ni penah datang sini makan burger yang besar tu, apa namanya. Lupa dah. Kali ni sebab Fairuz highly recommend beef ribs. Semenjak Sherrina try makan beef ribs di Tony Roma’s dan Chilis, Sherrina memang dah start suka makan beef ribs. Cuma masalahnya bila makan dia dua restoran tersebut, harganya agak mahal dan kemudiannya sudah ada keraguan tentang status halal walaupun ramai yang kata ia halal.

Bila Fairuz kata Imbiss ada beef ribs, Sherrina terus teruja. Sebab Imbiss memang terkenal menyediakan makanan barat yang halal. Bila tiba disana, Sherrina order root beer dan beef ribs. Bila sampai, kuahnya penuh tak nampak daging. Imbiss patut kurangkan sket kuahnya tu. Bila pertama kali menggigit dagingnya, terus Sherrina katakan beef ribs disini jauh lebih lembut, enak dan berasa berbanding di Tony Roma’s dan Chilis yang agak kering. Memang lembut, sedap dan bagaikan ia cair didalam mulut.

Paling menarik, harganya jauh lebih murah berbanding di dua restoran terkenal itu. RM27 bagi satu set beef ribs. Paling penting, ianya menyajikan makanan yang halal. Ishhh…menulis ni bikin terliur pula. Rasa nak pi pekena sekali lagi lah…..hua hua hua.

1 Comment

  • ni yg i suka ni.. beef ribs halal n murah.. kita pun suka bangat sherry. thanks for sharing this. pasti akan dikunjungi..best2..


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *