Cerita kucing dan monyet

Sherrina pi beraya umah tok bik di Ampang Jaya. Tok bik cite mengenai satu peristiwa unik yang melibatkan monyet dan anak kucing.

Masa tu ibu kucing baru lahirkan anak. 4 ekor anak kucing comel duduk dalam sangkar belakang rumah.

Satu hari satu keluarga monyet datang ke dapur. Mak monyet bukak pintu sangkar kucing, pilih seekor anak kucing yang paling cantik. Didokongnya anak kucing tu bagaikan mendokong seorang bayi. Diciumnya anak kucing kucing tu penuh kasih sayang.

Datang bapak monyet, diambilnya anak kucing tu, didokong dan diciumnya juga. Dipanggil anak monyet, dilakukan perbuatan yang sama. Dibelai dicium anak kucing tu.

Bila tok bik hambat mereka, keluarga monyet tu lari ke hutan sambil mengendong anak kucing tu pergi. Tinggallah anak kucing yang tidak terpilih.

Kesimpulannya: haiwan pun sayangkan anak walaupun spesis lain. Manusia boleh lak buang merata-rata.

Sent from my BlackBerry® wireless device via TMobile-Celcom Mobile.

1 Comment


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *