Domain sherrina.com, Ucapan Aidilfitri dan kes pembunuhan Sosilawati

Sherrina meminta maaf kepada pembaca blog Sherrina yang cuba mengakses blog ini melalui domain sherrina.com kerana terdapat sedikit masalah dengan hosting company dimana domain sherrina.com didaftarkan. Buat sementara ini, blog ini boleh diakses menggunakan nama http://sherrina.blogspot.com

Biarpun sudah masuk ke hari raya ke-empat, harap Sherrina masih berkesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Agak sibuk di kebelakangan ini khususnya di hujung syawal kerana Sherrina dan pasukan We Heart All telah menganjurkan program Shopping Raya dimana penghuni Rumah Titian Kasih dibawa ke Carrefour Wangsa Maju untuk membeli-belah sebelum Aidilfitri. Untuk mengetahui kisah penuh progam itu, sila ke www.weheartall.org

Semoga Aidilfitri anda pada tahun ini disambut dengan penuh bermakna. Sungguhpun begitu, negara kita dikejutkan dengan berita ngeri pembunuhan usahawan kosmetik terkenal Sosilawati. Sama-samalah kita doakan agar rohnya dan kesemua mereka yang terbunuh dalam pembunuhan kejam itu dicucuri rahmat dan semoga pembunuh tak berperikemanusiaan itu dibawa ke muka pengadilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *