ET: KL Krash Pad Fund Raising Car Wash

Belek punya belek dalam memory card BlackBerry, rupanya ada gambar program ni yang dijalankan pada bulan Julai 2010. Malah kalau tak silap video pun ada tapi nak kene cari dalam memory stick.

Program ini telah dijalankan pada hari Sabtu pagi. Sherrina sempat lah singgah sana kejap untuk menyokong program ni. Lagipun kete Sherrina sendiri pun dah lama tak berbasuh. Bayaran cuma RM5 dan boleh beri lebih sebagai derma. Dalam 10 orang remaja KL Krash Pad turun menyertai program ni. Ada yang membasuh kereta, membilas dan macam-macam lagi.

Rajinnya remaja2 KL Krash Pad

Lepas kete Sherrina dicuci, Sherrina terpaksa gi mengajar tuition. Tak dapat nak lepak dengan dorang sampai habis program. Tapi beberapa hari lepas tu sembang dengan remaja yang terlibat, banyak juga kereta yang datang menyokong projek ni.

Apa pun tahniah kepada remaja KL Krash Pad kerana menyertai program yang sihat ini.

1 Comment


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *