Gadget Review: Fujitsu Lifebook P3010

Dah lama tak tulis gadget review. Ada dua-tiga gadget dalam simpanan yang menanti untuk diceritakan tapi story yang ini dulu lah. Baru tangkap 3-4 minggu lepas. Takyah gi Low Yat yang jauh, jalan jem dan parking mahal tu. Kat Wangsa Walk pun ada cawangan salah sebuah kedai komputer di Low Yatt tu yang juga beri harga mcm di Low Yat iaitu Evernew.

Dah puas pikir dan study tapi kali ni kajian gadget tak amik masa lama. Dalam 3-5 hari. Melalui bacaan di website dan blog, bertanya kawan-kawan di Facebook dan tanya cousin yang dah pakai netbook. Kenapa nak pakai netbook? Sebabnya:

  • Cita-cita nak tangkap gaming notebook mcm Dell Alienware atau Asus G5 tapi tak mampu lagi. 
  • Bajet cuma RM2000 ke bawah
  • Ni paling penting: Musti beratnya dengan bateri bawah 2kg sebab dah sakit2 bahu dan tak larat nak pikul notebook berkilo-kilo walaupun ada beg notebook yang ada troli.

So lepas survey dan usha, Sherrina gi Wangsa Walk. Ingat nak gi Ampang Point kat sana pun ada 2 kedai komputer tapi cousin Sherrina kata di Wangsa Walk pun ada kedai yang kasi rega bagus. So lepas gi sana tengok model yang menepati ciri-ciri dicari iaitu bajet dan berat ialah Acer Aspire, HP Mini, Dell dan Fujitsu P3010. Brand lain Sherrina tak amik antara sebabnya ialah ada tu cuma 10 inci je skrin dia walhal harga kurang seratus je. Ada model tu keyboard dia humang aihh….cramp rapat2. Acer Aspire walaupun menepati ciri tapi ntah lah, still lom leh percaya kat Acer lah walaupun orang kata Acer sekarang dah tak kokak macam Acer dulu.

Budak sales pun dok beria-ia rekemen Fujitsu. Sementara dok dengar dia story, sambil cari review di internet melalui BlackBerry. Ramai yang bagitau model ni fail tang bateri dan speaker. Pikir balik, bukan slalu pun nak pakai bateri. Cuma bila di kawasan takde plug je. Memang plan nak cabut pun dan simpan bateri tu. So lepas testing dan try, puas hati. Warna cuma ada hitam dan merah. Ingat nak angkat merah, tapi yang tinggal cuma display set. So angkat hitam lah. Cuma tang cover dia yang glossy tu, bila pegang penuh cap jari. Yang lain takde apa lah. So mintak diskaun, dia kasi kurang RM50 je. Dapat beg netbook satu. Oklah menepati bajet.

So berikut pengalaman menggunakan netbook ni. First time pakai brand Fujitsu nih. Harap reliable dan lebih baik berbanding Asus lah:

Specifications Pendapat Sherrina
Platform AMD
Athlon
Neo processor MV-40

(1.6GHz, 512KB L2 cache)

– AMD RS780MN +SB710 Express Chipset

Disebabkan guna AMD processor maka dapatlah beli dengan harga RM200 kurang daripada model yang sama tetapi menggunakan Pentium.
Operating
System
Genuine
Windows®
7 Home Premium

(or Genuine
Windows®
7 Home Basic)

Best guna Windows 7 Home ni sebab ringan dan laju.
Display12 11.6-inch
SuperFine WXGA Back-Light LED, 1366×768 pixels
Mula-mula rasa kecik je. Mata baru nak adjust dengan skrin 11.6 inci. Maklumlah
bertahun guna skrin 15-17 inci. Tapi lama-lama ok dan serasi.
Memory 2GB
DDR2 800MHz

Max. Memory Supported9
– 4GB DDR2 800MHz, Dual Channel

2GB RAM. Mantap. Takyah tambah duit macam netbook lain yang cuma kasi 1GB RAM. Kalau tak silap ada lagi slot nk pegi ke 4GB RAM tapi processor kecik, watpe nak RAM besar2.
Hard
Disk
320GB Cukup besar nak isi macam2 software, video, files, lagu dan macam2.
Battery Up to
3.47 hrs1
(6cell Li-ion 5200mAh)
Kalau netbook lain boleh pegi sampai 6 jam tapi yang ini takat 3 jam setengah je sebab AMD. Nak bateri lama, pakai Pentium. Tapi slalu cabut pun
bateri ni sebab pakai letrik. Simpan untuk kegunaan luar.
Weight Approx.
1.6kg
Ringan, beb. Tercapai objektif utama membeli netbook ni. Sebab nak yang kurang dari 2kg. Kekadang kene check beg, bawak ke tak netbook ni. Sebab tak terasa berat mcm notebook lama.
Detailed
Specifications
Hard
Disk Drive
SATA-150
5400rpm, S.M.A.R.T support, Two Partitions – 50/508
Takde komen. Ok je.
Graphics Integrated
ATI Radeon
HD3200 graphics with display capabilities at a maximum shared memory6
of 256MB
Mantap. Boleh running Adobe Photoshop CS3 portable dengan selamba dan Adobe Premier Element utk edit video dengan selamba. Nasib baik, sebab dua ni program penting untuk Sherrina guna.
High
Definition (HD) Audio
RealTek
ALC269 HD audio codec with dual built-in stereo speakers

HD Audio-in: External Mic-in, Analog Built-in Microphone

HD Audio-out: Headphone-out

Tang sound ni agak lomah sket sebab tak kuat sangat. So nak kuat pakai le external speaker ataupun headphone.
Communication 1.3
Mega Pixels camera, Bluetooth®
v2.1+EDR, 100/10Mbps2
Fast Ethernet LAN and Atheros XSPAN3
802.11BGN network connection. Separate ON/OFF switch for wireless
network connection.
Webcam tak penah pakai lagi dan tak penting pun. LAN tu penting sebab LAN port notebook lama dah rosak. Penting bila nak setting wifi modem baru beli.
Wifi mantap takde masalah.
User
Interface
Full-size
& Spill-resistant keyboard7:
84-key, 19.05mm key pitch, 1.8mm key stroke

Intelligent Touch Pad with configurable vertical scroll functions,
rotation, zoom in/out and left and right mouse button.

Keyboard key besar gak, sesuai le ngan jari jemari Sherrina yg gedabak nih. Tapi amik masa le nak sesuaikan jari menaip sebab masa mula-mula pakai asyik salah tekan key aje. Touch pad bolehlah, tak lah syok sangat nak pakai sebab licin.
Card
Slots
Secured
Digital / SDHC / Memory Stick®
/Memory Stick®
PRO
Card slot ni bagus. Takyah lagi nak usung memory card reader.
Connector
Interface
USB 2.0
x 3, VGA (external display), RJ45 (LAN), HDA-in, HDA-out, Power Adapter
DC-in
Bagus ada 3 USB. Tapi kekadang tu tak cukup gak.
Quick
Launch Shortcut Key
Power-saving
ECO button (Fn + F11)
Suka button ni sebab sekali tekan je terus jimat tenaga.
Dimensions 285mm
(W) x 209mm (D) x 26.4/30.2mm (H)
Orait, ngam ho,
Bundled
Accessories
AC
Adapter
Input
AC 100~240V, Output DC 19V 60W
Bundled
Softwares
Adobe
Acrobat Reader, Fujitsu DVD Sharing Application, Fujitsu UpdateNavi10,
Fujitsu Power Saving Utility, Fujitsu Hardware Diagnostic Tool, Fujitsu
Display Manager, Sun Microsystems Java Runtime, Cyberlink YouCam,
Windows Live Essentials (Mail, Photo Gallery, Writer, Messenger),
Microsoft Office Professional 2007 60-day Convertible Trial11
Cuma bab cd driver memang takde sebab Fujitsu dah buh siap2 dalam hdd. Kata budak penjual tu, tekan je F11 kalau ada masalah dan nanti akan back to
factory setting.
Optional
Accessories
External
Drive
External
USB Super Multi Writer
Dah ada yang lama so takde masalah. Lagipun byk software skrg dowload dlm ext hdd.
Speaker Portable
Stereo Speaker
Mcm taip di atas, rasa nak muzik kuat2 pakai le speaker.
Mouse Optical
Wireless Mouse
wajib ada nih. Kalau takde, jenuh nak guna touch pad yang licin tu.

Info lanjut gi website Fujitsu Malaysia. Nak surf internet boleh je tether BlackBerry ke netbook ni sebagai modem.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *