Main Hujan

Ingat tak dulu, kawan. Di zaman kita bersekolah. Zaman riang-ria. Kita tak perlu fikirkan apa cuma belajar dan gembira.

Bila hujan menitik, kita gembira, Kita ketawa.

Ketika itu walaupun lencun dan kuyup, tidak timbul kerisauan dalam hati kita.

Kita meredah hujan lebat bersama-sama. Tak fikir apa. Kita hanya tau gembira dan riang ria.

Kita akan berlari dan berlari dalam rintik hujan. Berladung kasut penuh dengan air, kita tak hiraukan.

Kita tak kisah apa kerana kita bersama. Berganding bahu berjalan di dalam hujan yang membasahi tubuh kita.

Aku rindu saat-saat itu. Saat kita bebas bermain dalam hujan tanpa perli risau itu dan ini……

2 Comments


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *