Derma Darah Pra-Ramadhan ANSARA 2010

Minggu lepas telah berlangsung dengan jayanya program derma darah Pra-Ramadhan anjuran ANSARA dengan kerjasama Pusat Darah Negara dan agensi-agensi lain yang merupakan acara tahunan semenjak empat tahun lalu. Sherrina yang dah seminggu berpuasa nasi join untuk tolong-tolong apa yang patut disamping tu menyimpan harapan supaya kali ni lepas lah nak derma darah. Dah 5 tahun kantoi weh sebab blood pressure asik terbabas aje.

 Lepas isi borang, kene ngadap pegawai ni. Pegawai ni muka serius giler. Pastu dia amik mende yang nak cucuk kat jari untuk test darah tu, direjamnya atas meja! Terkejut den! Aku ingat dia nak rejam atas jari aku. Huwaaa….hampeh tol! Gelak pegawai tu.

Ni part ketiga lepas isi borang dan test darah. Part ni yang Sherrina selalu kantoi. Check tekanan darah.

Sherrina kene pakai alat manual sebab pembungkus tu tak lepas kat lengan. Hua hua hua….nervous tapi Alhamdulillah, lepas. Gembira bukan kepalang. Tapi doktor tu nasihat suh monitor BP sebab tak stabil. Bacaan pun ngam2 je nak lepas derma darah. hehehehe….

Ni proses hampir untuk derma darah. Kita dibaringkan atas kerusi khas.Pastu kerusi tu ditolak ke belakang supaya kita bagaikan berbaring. Sherrina pilih kerusi yang ada tempat letak tangan kiri sebab nak cucuk di tangan kiri. Maklumlah drive kete manual, kalau tangan kanan jenuh lak nak pulas steering. Kalau tangan kiri tak teruk sangat, takat tolak gear je.

First tu nurse cucuk ubat pelali. Sherrina dok tutup mata le dah lama tak kene jarum nih. Sekali sakitnya macam digigit semut je. Pastu dia masukkan jarum untuk amik darah. Dah siap, tunggu je darah jalan. Puhh lega. Shimi ngan abg Mantoi dok gelak2 kat tepi. Siap amik video (nanti Sherrina upload). Boleh tahan laju gak darah jalan sebab banyak kot. Ingat nak kasi dua beg tapi dorang tak mau lak. Hua hua hua…berlagak eh :p

Sempat posing dengan beg darah sendiri. Siapa agaknya yang bertuah dapat darah aku ni agaknya eh? Hua hua hua…..Alhamdulillah, tercapai hajat nak derma. Harap lepas ni leh terus derma setiap 3 bulan lah di Pusat Darah Negara.

Lepas derma apa lagi….minum lah. Kali ni agak mewah sebab dapat biskut mahal dan air tin 100 Plus. Tapi yang takleh tinggal ialah air Milo panas. Tatau lah sebab memang lepas derma darah kita jadi lapar ke hapa, tapi air Milo yang disediakan oleh PDN memang sedap habis. Kalau minum kat PDN Jalan Tun Razak lagi syok. Boleh bantai dok kat kantin minum bergelas-gelas! hua hua hua….sedap sehhhh.

Gitu lah pengalaman saya menderma darah. Korang dah pernah derma ke? Kalau tak pernah, lakukanlah. Apa nak takut, dorang sangat professional lah. Thanks to Ansara Terendak dan ANSARA serta PDN sebab organize event ni. Thanks pada abg Mantoi sebab amik gambar-gambar ni 🙂

1 Comment


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *