Food Review: Has Raz Western Food & Beverages

Minggu lepas Sherrina telah dibawa oleh Wan Dina ke sebuah restoran makanan barat yang dimiliki oleh peniaga bumiputera di Ampang Waterfront. Has Raz Western Food & Beverages khabarnya bukan satu nama yang baru dalam bidang penyediaan makanan barat. Menurut kata Erik, kawan Sherrina semasa menuntut di MRSM Terendak, restoran pertama Has Raz terletak di Bukit Indah memang sangat terkenal dengan keenakkan sajian barat.

Kami tiba jam 9.00 malam pada hari Sabtu. Sempat lah menjeling ke Majalah 3 yang membuat liputan mengenai Penjara Pudu yang dirobohkan bulan lepas. Eh, ada ke muka Sherrina di TV3 eh? Hahaha….kami duduk dan terus dilayan dengan pantas. Setelah membelek menu, Sherrina order sup cendawan dengan garlic bread, jus oren dan lamb chop.

Mushroom soup with garlic bread. Mushroom soup tu bukak tin punya tapi garlic bread to seriously heaven giler! First time jumpa restoran buat garlic bread pakai roti john!

Kat sini paling berbaloi minum jus buah yang segar. Dah le gelas besar, pekat, sedap dan murah lak tu. RM3 kalau tak silap.

Lamb chop ni harga dalam RM13 kalau tak silap. Dari segi kuantiti, mengenyangkan. Coleslaw tu sedap, fries pun ok. Lamb pun ok, jenis lamb yang boleh jumpa di restoran western lain yang menyediakan lamb chop pada lingkungan harga yang begitu. Kira, boleh makan sampai licin pinggan lah.

Bagi yang nak cuba, alamat Has Raz: HAS-RAZ Western Food & Beverage beralamat di No-8, Grnd Flr, Jln AWF 3, Ampang Water Front, Ampang (credit to: Blog Surau At-Tarbiyyah)

7 Comments


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *