Food Review: Sekinchan Ikan Bakar

Sherrina mendapat tahu kewujudan restoran ni melalui kak Danganum yang dok asyik masyuk bercerita mengenai kedai ni yang hanya sepelaung aje daripada opisnya. Sherrina pun memulakan penyiasatan membaca blog-blog review sebelum membuat keputusan untuk mencuba. Sherrina dan partner-in-crime ke restoran ini 2 hari lepas lepas waktu pejabat. Kiranya kitorang dinner awal lah, jam 6 petang. Sebab tak mau join sama kesesakkan di restoran ini menjelang waktu malam.

Masa kami tiba, nampak anggota RELA dan pekerja restoran pula kelihatan begitu sibuk. Rupanya ada menteri nak datang merasmikan restoran. Kami pilih tempat duduk yang agak jauh daripada ruang tengah. Kami order minuman. Sherrina gi pilih ikan. Sherrina takyah pikir banyak lah. Ikan pilihan confirm ikan pari. Pastu pilih sotong saiz sederhana 2 ekor. Ternampak ketam. Gemuk-gemuk belaka. Amik seekor. Kat restoran ni toksah tanyalah masakan jenis apa. Semua pun tadak kecuali bakar.

Agak-agak 20 minit kot baru makanan kami siap. Sementara tu, layan nasi lemak dulu. Konsep makan ikan bakar dengan nasi lemak ni macam ala-ala di Umbai, Melaka. Tapi kat sini sebungkus nasi lemak berharga RM2. Nak makan melambak-lambak macam di Umbai, pikir dua tiga kali gak lah. Tapi nasinya banyak. Sherrina cuma lalu makan 2 bungkus je.

Hidangan pertama yang sampai. Ikan pari bakar. Sedap dan segar. Sambalnya, ok lah. Taklah sambal ikan bakar tersedap yang Sherrina penah makan. Rasanya masam dan manis. Alangkah nikmatnya jika formula sambal tu lebih hebat daripada ini.

Sotong bakar. Dua ekor lebih dari cukup. Cuma hati-hati bila makan. Tulang sotong ni pun ada lagi dalam tu. Nyaris nak tercekik.

Hidangan yang ditunggi-tunggu. Ketam bakar. Masa memilih, ketam ni berikat. Bila sampai, terkejut gak. Ingatkan dua ekor. Kot salah order ke. Bila dibukak, rupanya cuma seekor. Tapi besar bukan main. Kulitnya dah dibukak semasa masak. Memang besar betul. Gamaknya musim ketam tengah menjadi ni.

Seumur hidup, inilah ketam paling berisi yang Sherrina penah makan. Bukak sini, penuh isi. Bukak sana, memutih isinya. Sampai ke hujung kaki ketam pun masih penuh isi. Rezeki kami dapat ketam yang bagus, fresh, manis dan banyak isi.

 

Pinggan penuh dengan sisa kulit ketam.

Mula ingat nak kokak je kaki ketam yang keras macam kayu tu dengan gigi. Tapi mengenangkan usia dah lanjut ni, gigi bukan kuat sangat. Kang patah gigi, naya je. Tanya adik waiter kot ada alat mengepit ketam. Rupanya ada. Kot bagi dari awal kan senang. Idok le jenuh nak mengerjakan ketam nih :p

 Kotak kaler merah tu lokasi restoran tu. Senang sangat nak gi. Gi Jalan Taman Setiawangsa. Nampak Petronas. Masuk ke kiri (jika dari Jelatek). Kiri ada Giant. Masuk kiri. Terus je ke bawah. Restorannya di sebelah kanan. Paling grand le kat area situ.

Harga semua sekali hampir RM50. Seekor pari bakar saiz sederhana, dua ekor sotong bakar saiz sederhana, seekor ketam saiz besar, nasi lemak 3 bungkus, teh o ais, ais kosong, sirap bandung dua gelas. Alhamdulillah….nak kata sedap giler, bolehlah tahan. Kiranya takyah dah lepas ni nak pi jauh-jauh semata-mata nak makan seafood segar. Kat Setiawangsa pun ada. Cuma kalau nak teringin nak seafood yang betul-betul lazat, rasanya di Bagan Lalang masih juara lah.

4 Comments

  • sherry..aa nnti nak try jugak. baru perasan kedai sekinchan ni last week. Tu pon sebab pi kedai rambut depan tu, kalau x memang x perasan kewujudannya..haha

  • Pingback: film izle

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *