Thai Massage

Dah seminggu bahu kanan Sherrina ni sakit. Sakitnya macam lenguh. Dah pulas ke kiri, pulas ke kanan. Tak hilang juga. Ingatkan sebab kurang tidur ke, salah bantal ke. Dah rehat pun, tak juga hilang. Tapi dibiarkan ajelah sebab biasanya sebelum ini ia akan hilang begitu sahaja.

Tapi malam tadi masa makan steamboat, dia punya sakit makin menyucuk. Lenguh penat giler. Rasa nak ketuk je bahagian belakang badan dengan senduk steamboat tu. Tak bleh tahan. Member suggest gi Thai massage kat Ampang Point. Hari ni lepas urusan kat KLCC, terus gi sana. Kat Tingkat 3.

Masa masuk tu ada sorang je tengah buat foot reflexology. Lepas tengok pakej, amik urut bahu selama 40 minit. Harganya RM40. Sherrina gi ngan member. Dia buat full body massage selama sejam. RM45. Kami diminta masuk ke bilik yang ada tilam. Disediakan pakaian iaitu kemeja longgar dan seluar longgar. Massage ni takyah buka baju macam spa tu. Kami request untuk tukang massage perempuan. Sherrina disuruh baring meniarap. Aunty tu pun memulakan kerjanya. Baik juga orangnya. Masa mula ditekan di bahu, sakitnya humang aihhh. Massage Thai ni menggunakan tangan, lengan, siku, kaki. Untuk Sherrina, digunakan tangan dan lengan untuk mengurut. Rasanya mcm kene urut ngan penguli tepung kot…kih kih kih.

Bila kene spot yang sakit, ouch! ouch! ouch! Aunty tu akan slow down. Urut tempat lain. Ulang balik tempat yang sakit. Pastu urut tempat lain dan urut balik tempat yang sakit. Kali ke-4 atau ke-5, dah tak mengaduh dah bila diurut ditempat yang sakit tadi. Tapi ada few spots yang rasa perit sungguh lah macam di bahu, pinggang, lengan. Ni semua sebab duduk mengadap laptop dan pikul beg laptop lah ni. Pastu disuruhnya duduk. Dipulasnya tangan ke belakang. Dilipatnya tangan. Adehh…adehhhh….sakit tapi best.

Last skali dipicit-picit kaki, perghhh sakit tuuu. Sebab 3 hari training, berdiri dalam kelas. Letih woo… lepas 40 minit. Rasa nak tido je kat situ. Memang lega habis lah. Rasa longgar je urat dan tulang. Member yang amik full body massage tu terjerit-jerit sebab dia ada injury akibat main boling. Lucu lah tapi kesian pun ada. Aunty yang urut dia tu agak berumur dan garang. Hehehehe….

Rasanya nak gi lagi lah nanti next month. Rasanya boleh tahan segala kesakitan tu. Asalkan dia tak buat camni, udahlah…. :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *