Food Review: Tony Roma

Setiap kali Sherrina gi Cineleisure, mesti lalu tepi restoran Tony Roma’s. Menyimpan angan-angan nak mencuba makan disini walaupun hanya sekali. Banyak kali dengar kawan-kawan bercerita mengenai kehebatan beef ribs di Tony Roma. Tapi keadaan kewangan sentiasa mengekang nak makan disitu.

Bulan lepas Sherrina berpeluang meraikan hari jadi sahabat baik di Tony Roma’s. Kami ke sana untuk makan tengahari. Kami dilayan dengan baik oleh seorang pelayan wanita dengan ‘accent’ Filipina. Agak sukar untuk memahami apa yang dituturkan tapi beliau cukup ramah dan menerangkan mengenai menu kepada kami dengan teratur. Malah beliau yang memberi cadangan menu terbaik untuk kami cuba di Tony Roma’s.

Kami dihidangkan dengan roti dan mentega yang dihasilkan sendiri ini dengan percuma. Katanya ia menu baru dan dihidangkan percuma untuk dirasai.

Pening juga ketika memilih minuman. Pelayan mencadangkan minuman ini. Strawberi campur nenas campur kelapa. Serius sedap giler!

Sesi memperkenalkan kepada sos-sos yang ada. Macam demonstrasi masakan pun ada. Beliau memberitahu nama-nama setiap jenis sos serta rasanya. Dicurahkan atas piring dan menghasilkan wajah ini πŸ™‚

Menu birthday girl ialah lamb chop. Pada mulanya agak skeptikal juga nak pilih lamb chop sebab dah banyak kali sangat terkenal lamb chop yang hampeh. Apatah lagi harganya bukan seperti di luar sana. Tapi kami beranikan juga. Hasilnya, mengkagumkan. Inilah lamb chop tersedap penah kami makan! Coselaw tu biasa sahaja tapi mash potato itu sangat best. Mula lihat potion begini, Sherrina cakap ‘eh sikitnya…mesti tak kenyang’. Tapi bila dah makan, boleh tersandar pada kerusi lah. Itupun mash potato tak habis.

Sherrina lak order mende ni lah, yang diidamkan sejak dulu. Beef ribs. Ada dua jenis hidangan. 3 ketul dan 6 ketul. Pada mulanya ada gak rasa tamak nak order 6 ketul tapi takut tak kene dengan selera. Maklumlan, ini eksperimen pertama. Order yang set 3 ketul ribs dulu. Hasilnya….gila sedap nak mampus! Sos dia dah cukup sedap, takyah cicah kat sos-sos lain yang disediakan. Sedapnya….rasa nak nangis! Coselaw tu sedap dan baked potato tu sangat mengenyangkan. Masa mula sampai hidangan pun rasa mcm tak cukup. Hakikatnya, lebih dari cukup.

Hasilnya lepas makan…..menjilat hingga ke tulang!

Kesimpulannya, memang sedap sungguhlah Tony Roma’s ni. Tapi reganya tu, membuatkan fikir banyak kali nak makan selalu. Tapi jika sesekali nak celebrate sesuatu yang istimewa, memang sesuai sekali. Suasananya pun damai, pelayannya pun ramah-tamah.

6 Comments


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *