Nur Salam ChowKids 16022010

Kehadiran: Suhaila Sahir dan Sharifah Sharina Syed Aswad.

Aktiviti: Belajar menulis huruf A besar dan A kecil serta matematik untuk toddler. Latihan matematik untuk pelajar sekolah rendah. Kelas komputer untuk pelajar sekolah rendah.

Minggu lepas hanya Fairuz seorang sahaja yang dapat ke NurSalam kerana yang lain terpaksa menguruskan hal perniagaan masing-masing yang semakin maju (Alhamdulillah). Kata Fairuz, Kartini mencari aku. Dia kata, “mana kakak yang macam Doremon tu?”. Aku gelak besar. Fairuz bertanya kepada mereka, cuti Chinese New Year minggu depan pegi mana? Mereka jawab, “mana lagi kak, gi sini lah. Mana ada tempat lain lagi nak pegi time cuti”. Aku sebak mendengarnya.

Hari ini, aku dan Suhaila berkumpul di Jusco AU. Dah macam port rasmi kami. Setelah berbincang mengenai program hari ini, kami membeli sedikit bekalan alat tulis. Sampai di Chow Kit tepat jam 2pm. Fansuri dah bagitau awal-awal, hari ini bilangan kanak-kanak lebih dari biasa. Maklumlah hari cuti. Kami masuk ke Toy Library. Membuat persiapan awal. Terpaksa fotostat bahan di pejabat NurSalam kerana kedai fotostat masih tutup. Lebih kurang 16 orang kanak-kanak dari usia 3 tahun hinggalah 9 tahun turun ke Toy Library. Tak menang tangan juga melayan keletah mereka.

Walaupun kertas aktiviti yang disediakan adalah amat mudah bagi yang telah bersekolah, mereka tidak merungut. Mereka terus mencapai pensel dan duduk menulis dengan tekun. Menulis berkali-kali sehingga secantik mungkin. Apabila siap, dengan segera menunjukkan hasil kerja mereka. Tersenyum lebar bila menerima pujian. Ada juga yang tidak tahu menulis nama. Bila ditulis pada kertas, mereka meniru dengan bersungguh-sungguh. Bangga dengan hasil kerja mereka sendiri.

Jam 3 petang, aku terpaksa naik ke kelas komputer. Bila masuk, terkejut juga. Full house! 16 orang hadir. Ada muka-muka baru yang aku tak pernah lihat. Tapi mereka lekas mesra dan bersungguh-sungguh nak memulakan pengembaraan baru bersama Storybook Weaver. Ada yang terpaksa berkongsi satu komputer 3 orang kerana ada komputer yang rosak. Tapi mereka tidak merungut. Mereka tekun melakukan tugasan bergilir-gilir. Mereka cuba lakukan sehabis baik. Walaupun beberapa kali ada yang hasil kerja mereka terpadam dan terpaksa buat semula, mereka tak merungut. Mereka ulang semula apa yang dipelajari.

Timbul sebak melihat kesungguhan mereka. Ada kalanya timbul rasa malu juga pada diri sendiri, kalau boleh disukat nilai kesungguhan, entah-entah nilai kesungguhanku hanya separuh sahaja daripada mereka. Jam 4 petang kelas tamat. Mereka tutup komputer dengan wajah kepuasan. Berjaya menghasilkan sebuah cerita, satu lagi pengembaraan hari ini.

Aku turun ke bawah. Sempat berbual dengan seorang pelajar dari Universiti Amsterdam yang datang untuk melakukan kajian mengenai pendidikan prasekolah. Jam 5.30pm kami tiba di Jusco AU. Dengan hati yang puas. Walaupun sedikit usahanya, tak dapat disukat kegembiraan di akhirnya….


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “Nur Salam ChowKids 16022010”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    bagus sher. Aku puji kesungguhan hang dalam membantu anak-anak sebegini. Semoga usaha hang diberkati Allah hendaknya.

    bis^ler ni^

  2. sherrina Avatar
    sherrina

    Terima kasih, Bis. Insya' Allah….harapan saya pun begitu juga 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *