Rumah Nur Salam ChowKids

Selasa lepas Sherrina ke Rumah Nur Salam lagi. Selepas pengalaman pertama di minggu sebelumnya, kali ni preparation lebih rapi. Sebab dah tau apa aktiviti yang akan dilakukan. Lebih menggembirakan sebab ada dua member join sama iaitu Suhaila Sahir dan Wan Dina Norazrin. Suhaila dah penah datang masa hantar barang donation. Dina lak first time. Fairuz lak tak dapat join kali ni sebab kene buat business presentation di Melaka.

Kami bertolak naik satu kereta ke Chow Kit jam 11 pagi. Alhamdulillah, mudah dapat parking. Bila naik ke atas, toddlers sedang menghadiri kelas tadika. Comel sangat, siap pakai uniform warna hijau. Sherrina lepak di makmal komputer untuk install software bagi pelajaran komputer. Berbaloi jugak membeli software-software untuk pembelajaran komputer semasa kedai software di Subang Jaya tu nak tutup. Ada pekdahnya. Antara software yang Sherrina install ialah Kid Pix, Storybook Weaver, Bailey Book House, Millie Math House dan Sammy Science House. Untuk silibus, Sherrina buat on the spot je. Untuk test minat mereka dahulu.

Sementara tu, Suhaila dan Dina bermesyuarat dengan En. Ahmad Fansuri. Mereka juga mendaftar sebagai sukarelawan. Kami lunch di KFC dan kol 2pm, mula aktiviti bersama toddlers. Mula-mula dalam 6 orang je yang join. Sekali tu sorang-sorang masuk dalam toy library. Ada kat 20 orang kot. Sampai tak cukup le kerusi dan meja. Punyalah seronok mereka.

Malam sebelumnya Sherrina dah fotostat 4 gambar untuk aktiviti mewarna. Sebanyak 40 helai. Ingatkan banyak lebihnya. Rupanya tak cukup! Punyalah seronok mereka mewarna. Kebetulan pula tahun lepas ada beli 4 kotak krayon yang besar brand Pelikan. Masa tu ada jualan penghabisan stok. Satu kotak RM5 je. Bila dah bawa ke Nur Salam, tak cukup pun. Sebab ramai yang nak join kelas mewarna. Next time kene dapatkan stok yang lebih banyak.

Tepat kol 3, Sherrina pun naik ke kelas komputer sebab pelajar dah menunggu. Sempat belajar selama 30 minit aje sebab pelajar berusia 10 tahun ke atas kene hadiri kelas tambahan. Tapi dalam masa yang singkat tu, semua nampaknya menunjukkan semangat yang tinggi dan minat nak belajar menggunakan StoryBook Weaver.

Insya’ Allah esok akan ke Crash Pad untuk melihat kemudahan yang ada disana. Crash Pad adalah pusat aktiviti bagi remaja dan belia. Wan Dina akan mengajar kelas tarian disana bermula Ahad ini di sebelah pagi. Satu lagi hari yang cukup bermanfaat buat kami semua 🙂

2 Comments


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *