Nur Salam ChowKids

Dah lama Sherrina dok cari info pasal ChowKids ni tapi website mereka asik down. Rupanya ada dalam Facebook. Lepas berkomunikasi dengan En. Ahmad Fansuri, salah seorang petugas disana, Sherrina dan Fairuz pun gi lah. Nak daftar sebagai sukarelawan dan menolong apa yang patut. Parking disana agak susah, mujur ada private parking di seberang jalan. RM5 seharian.


Lokasinya senang je. Jalan nak ke The Mall tu, tengok belah kiri. Kat deretan rumah kedai. Dekat dengan depot RapidKL. Sure tak miss punya.


Pusat ini diibaratkan sebagai tempat selamat bagi kanak-kanak di sekitar Chow Kit yang datang daripada pelbagai latarbelakang. Ibu bapa mereka, nenek mereka, keluarga mereka ada yang menjadikan dadah sebagai bahan perniagaan mencari rezeki. Ada yang terjebak dalam kancah pelacuran. Macam-macam lagi. Tempat tinggal mereka, dimana saja. Ada yang bernasib baik, ada rumah kedai yang boleh disewa bilik dengan kadar RM10 sehari. Ada yang tidur aje berbumbungkan langit. Kanak-kanak ini tegar mengharungi arus kota. Mereka dah biasa.


Masa ni ada slot kelas komputer di sebelah petang. Mereka bertuah kerana Ericsson dan Standard Chartered menaja komputer disini. Manakala internet pula ditaja oleh Maxis. Dapatlah mereka merasa penggunaan teknologi yang biasa digunakan oleh kanak-kanak lain. Walaupun hidup dalam kekurangan, mereka ini tak kurang cerdiknya. Sherrina sendiri surprise bila mengajar mereka. Ada yang lebih laju dan lebih cekap berbanding rakan seusia lain yang Sherrina pernah ajar. Hebat! Syabas kepada Koordinator IT Nur Salam iaitu saudara NoorJamil @ Boy.


Agak sedih apabila masih ada yang tak lancar membaca tapi mereka gigih berusaha. Mengeja satu-per-satu. Mencari kekunci satu per satu.


Yang paling ketara ialah mereka mahukan perhatian.


Perasaan selepas mengajar mereka buat kali pertama ni berlainan. Seakan mengingatkan Sherrina kepada satu ketika yang Sherrina penah berperasaan begini. Bila diingat kembali, ya…..sewaktu mengajar komputer di S.K.Taman Melawati (2) sewaktu Sherrina mula-mula bekerja dahulu. Lebih spesifik, semasa mengajar kelas hujung sekali (kelas Gigih) yang mana dikumpulkan pelajar-pelajar yang paling lemah.

Ada yang kata, mereka ni takleh nak dibantu mana dah. Tapi bila dibimbing dalam kelas komputer, mereka menunjukkan minat yang paling tinggi. 20 minit sebelum kelas, mereka dah beratur di luar makmal. Begitu bersungguh nak belajar komputer. Pandangan negatif berjaya disangkal.

Bagi yang ingin menyumbang, berikut adalah senarai yang kawan Sherrina berjaya dapatkan. Thanks to Suhaila, kurang dari 24 jam lepas Sherrina story pasal tempat ni, beliau terus bertindak menghantar sumbangan.

NUR SALAM – LIST OF MONTHLY REQUIREMENTS

1. Dumex Formula 1 (Age: 0-12mths), 6tin x 1kg = RM 144.00
2. Dumex Dugro (Age: 1-3yrs) 12tin x 1kg = RM 264.00
3. Mamex Gold (Age: 0-12mths) 12tin x 1kg = RM 936.00
4. Dutch Lady 123 (Age: 1-3yrs) 12tin x 1kg = RM 288.00
5. Lactogen (Age: 0-6mths) 24tin x 1kg = RM 576.00
6. Diapers
– (Size: XXL – Drypers) 12 pack = RM 408.00
– (Size: XL ) 12 pack = RM 360.00
– (Size: L) 12 pack = RM 456.00
– (Size: M) 12 pack = RM 456.00
– (Size: S) 12 pack = RM 360.00
– (Size: NB) 6 pack = RM 360.00
7. Nestum (Rice) 6tin x 1kg = RM 150.00
8. Washing Detergent (Any Brand) 4 x 5kg = RM 60.00
9. Shampoo (Any Brand) 5 bottle = RM 50.00
10. Garbage Bag (Size: XXL) 10x10pack = RM 60.00
11. Toothpaste (Big) 5 = RM 25.00
12. Sugar 5kg = RM 8.50
13. Clorox (Big) 3 bottle = RM 15.00
14. Biscuits (Mixed) 12tin = RM 120.00
15. Bath Foam (Any Brand) 5 bottle = RM 50.00

GRAND TOTAL RM 5,146.50 per month.

Insya’ Allah Sherrina, Suhaila dan Fairuz akan ke sana lagi minggu depan. We’re trying to make it once a week visit. Untuk mengajar komputer atau mengajar di Crash Pad (Pusat kegiatan ChowKids untuk remaja yang bakal dibuka).

Selain itu, Crash Pad memerlukan buku utk perpustakaan. Buku yang sesuai untuk remaja. Juga permainan papan (board games) seperti catur, dam, Saidina, Sahibba, Uno, congkak dll. Juga memerlukan alat muzik seperti gitar, drum, keyboard samada baru mahupun terpakai.

Sama-samalah kita menyumbang. Janganlah letakkan semua tanggungjawab ini pada kerajaan dan syarikat gergasi. Kalau semua orang memberi walaupun sedikit, ia akan membukit.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *