Memori Corner

Beberapa Ahad yang lalu, singgah di Taman Melati. Platinum Victory. Teringin nak lunch makan nasi putih, sup dan ikan sembilang bakar di Saba’. Sekali tutup daaa….gamaknya dah tak provide lunch. Pikir punya pikir, nampak Memori Corner. Tak penah masuk. Try ajelah. Perut pun dah lapar.

Memory Corner ni decoration dia ala kampung. Di dinding penuh dengan lukisan kartun (lain kali kene datang lagi khas untuk baca kartun sahaja).


Replika pokok durian dan basikal tua pun ada. Nostalgia sungguh. Lagi nostalgia patutnya pasang filem P.Ramlee….


Masa kami datang, orang tak ramai sangat. So sangat selesa dan servis pun cepat.


Sherrina order lamb chop. Harga dalam RM15 kalau tak silap. 3 keping lamb. Sedikit liat tapi acceptable. Sos dia sedap. Memang confirm pakai sos botol sebab sebijik dengan sos yang Sherrina guna masa BBQ kat umah Ayu last year.


Kawan Sherrina order nasi goreng pedas. Memang pedas mengancam.

Minuman lak macam ala-ala minuman Island Red Cafe. Restoran ni dulu IRC ke? Takpelah, apa pun tempat ni memang best dan santai. Ada wi-fi lagi tu. Cuma nak datang sini time malam, agak hazab lah juga. Tengahari Ahad lega sikit.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *