Gadget: Music Speaker

Sherrina memang suka pada gadget. Bukan hanya pada gadget yang berjenama sahaja, gadget yang cap ayam pun suka. Especially semenjak setahun-dua ni, banyak gadget pelik-pelik dikeluarkan dari pasaran China.

Kawan Sherrina selalu merungut. Leceh mendengar lagu melalui mp3 player di handphone. Bateri cepat habis, sound takleh kuat sangat takut speaker handphone pecah. Sherrina syorkan dia beli mini speaker atau usb speaker sebab dia ada mp3 player yang pakai bateri AAA. Tapi bila difikirkan balik, kebanyakkan usb speaker perlu di cas menggunakan komputer sebab ianya di cas melalui USB port. Member ni cuma ada komputer di pejabat aje. Jadi bila cuti panjang, usb mini speaker jadi bangkai le.

Beberapa bulan yang lalu, kami ronda-ronda di Mid Valley. Ada pameran IT dan barangan elektrik. Saja jalan-jalan untuk tengok barang. Mula-mula nampak deretan usb mini speaker. Taknak beli, dah tau masalah yang akan timbul. Hampir nak keluar, ternampak sebuah kedai ni mempamerkan speaker yang bersaiz kecil tapi nampak pelik. Bila didekati dan dibelek-belek, inilah dia jawapan kepada persoalan kami selama ini. Mini Speaker yang boleh cucuk mp3 player dan boleh di cas menggunakan kuasa elektrik.

Harga pada kotak ialah RM99. Kesian pelancong atau orang yang tak tau, sure kene kelentong baik punya. Bila tanya balik dan setelah tawar-menawar, harganya RM25. Itu pun rasanya agak mahal untuk barangan dari China ni yang sure dibeli timbang kati. Tapi dah tu last price dia leh bagi. Setuju ajelah. Puas hati juga sebab ianya bukan sahaja boleh menerima mp3 player, malah juga SD card dan MMC. Ronda kejap, jumpa SD card bersaiz 2GB.

Bila bawa balik, Sherrina terus testing. Kuat juga bunyinya. Takyah pakai max pun. Cucuk mp3, jalan. Masuk lagu dalam SD Card dan cucuk SD Card, macam ada problem. Lepas fully charge, cuba lagi..baru ok. Sound pun bagus. The best part ialah ada remote control. Boleh tukar lagu dan ubahsuai ketinggian volume guna remote control je. Lagi best ialah, boleh di cas menggunakan charger Nokia yang kecik. Kebetulan member memang pakai Nokia yang charger kecik, selesai masalah. Kalau berjalan ke mana2, bawa satu charger aje.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *