Monologue of Raja Shahriman

Semalam Sherrina sempat lah pi ke KLCC untuk pekena sizzling yee mee kat food court tingkat 4 sementara menunggu appointment nak jumpa orang. Sementara masa masih ada, ternampak pameran di Galeri KLCC. Pi lah jengok kejap. Macam best. Tajuk pamerannya ialah Rhythm Of The 21st Century: Monologue Of Raja Shahriman

Sherrina ni taklah expert sangat bab seni dan artistik ni. Tapi melalui pembacaan di papan penerangan di sekitar pameran, beliau menggunakan besi untuk membentukkan arca.

Tema arca ni semacam tentera yang berperang. Siap tulang belikatnya dilingkari peluru.

Mujur banyak bahan bacaan disekeliling, bolehlah paham sikit apa mesej yang cuba disampaikan oleh Raja Shahriman ni.

Yang lagi best, ada tayangan video mengenai proses pembikinan arca-arca ini. Susah, kene potong besi. Kene bakar dulu, kene ketuk. Bila ditelitikan setiap arca, betapa gigihnya beliau menghasilkan setiap satu darinya.

Pada yang minat seni dan belum melihat pameran ini, gi lah ke KLCC. Masuk percuma. Pameran ini diadakan sehingga 24 Januari 2010.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *