Drama dan Filem yang memberi impak

Ada sebuah drama tempatan dan sebuah filem antarabangsa yang telah Sherrina tonton dan memberikan impak maksima kepada diri Sherrina. Ianya merupakan sesuatu yang jarang berlaku. Bukan kerana filem lain tidak berkualiti, drama lain tidak bermutu. Tapi dua cerita ini bagi pendapat Sherrina, wajib ditonton oleh semua manusia supaya kita sedar dan faham mengenai bahaya yang ada disekeliling hidup kita.

Drama tempatan tersebut tak Sherrina ketahui tajuknya sehingga kini. Bila Sherrina google menggunakan keyword, Sherrina terjumpa blog Wan Kamaruddin, pengacara program Bongkar. Bila dibaca, komen tu Sherrina yang tulis pun. Ianya disiarkan pada tahun 2006. Tapi jalan ceritanya masih segar diingatan. Lakonan oleh Zul Yahya sebagai anak muda yang terjebak dengan dadah. Kemudian ditimpa penyakit AIDS dan akhirnya mati dengan keadaan yang sadis. Sampai satu tahap menjual organ matanya sendiri untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah.

Drama ni Sherrina tertonton secara tidak sengaja pada satu malam di TV2. Tanpa sebarang promo, ditayangkan di tengah malam. Sayang sekali, drama sebagus ini memaparkan perjalanan hidup bagaimana seorang anak muda terjebak dengan dadah dan berakhir hidupnya dengan AIDS. Walaupun banyak drama tempatan yang memaparkan kisah begini, jalan cerita drama ini lebih real, jujur, telus dan penceritaannya lebih hebat. Sayang sekali RTM tak ulan tayang drama ni. Ada sesapa tau tajuknya? Inilah drama yang sepatutnya ditayangkan di semua sekolah rendah dan menengah. Supaya pelajar-pelajar yang nak cuba-cuba mengambil dadah melihat apa yang bakal berlaku kepada mereka. RTM, please le cari semua pita drama tu dan tayangkan kembali!

Filem antarabangsa yang Sherrina tonton separuh jalan beberapa bulan lepas, dan berjaya Sherrina tonton semula di Astro beberapa malam yang lalu (ada juga faedah rancangan Astro suka tayang cite sama berulang kali) bertajuk Human Trafficking. Ianya mengenai bagaimana kanak-kanak dan wanita menjadi mangsa hamba seks dan diseludup ke negara lain.

Seorang ibu tunggal yang jatuh cinta pada seorang jejaka yang disangkanya baik, terlalu cepat mempercayainya lalu bersetuju untuk melancong ke luar negara bersamanya hanya untuk diseludup ke US untuk menjadi hamba seks. Seorang remaja yang terlalu bercita-cita untuk keluar dari kepompong hidupnya yang serba kekurangan demi untuk menjadi seorang model di US, berakhir sebagai hamba seks. Seorang kanak-kanak perempuan yang dicolek semasa sedang bercuti dengan keluarganya di Manila, nyaris dijadikan hamba seks di negara lain.

Filem ini wajar ditonton sekeluarga, supaya ibu bapa dapat memberikan penerangan kepada anak-anak mereka apa yang sebenarnya berlaku. Mengapa mereka perlu menjaga keselamatan semasa berada di luar. Filem ini juga memberikan jawapan kepada ajaran setiap ibu bapa kepada setiap anaknya; Jangan bercakap dengan orang yang tak dikenali. Filem ini nampak agak kasar, tetapi realiti tak boleh ditutup.

Bila melihat filem ini, Sherrina berpendapat segala permasalahan dalam isu penyeludupan manusia ini berputar diatas satu paksi: Ada permintaan, maka ada pemasaran. Lihat mereka-mereka yang melanggan kanak-kanak dan wanita ini. Mereka bukanlah pengemis, bukanlah penagih dadah. Masakan mereka mampu membayar ratusan dollar untuk mendapatkan ‘khidmat’ ini kan. Tetapi pelanggannya adalah doktor, ahli perniagaan dll. Orang-orang cerdik pandai ini tersungkur kerana nafsu. What a waste! Sangat memalukan!

Filem ini juga memaparkan sisi gelap di bandar Manila dan kotaraya di US. Bagaimana polis boleh dipercayai, kalau polis pun boleh dibeli jiwa mereka dengan wang? Jiwa-jiwa kotor yang korupsi. Sebetulnya bukan aje berlaku di negeri orang, di negeri sendiri apa kurangnya.

Oleh itu, jagalah diri anda. Jagalah anak anda. Jagalah ibu anda. Jagalah kakak anda. Jagalah semua orang disekeliling anda. Sekali terlepas, entahkan boleh dapat balik…entahkan tidak.

p/s: Surprisingly Malaysia juga merupakan antara negara yang aktif dalam jenayah ini. Cuba Google kata kunci ‘human trafficking’ dan lihat hasilnya. Ini satu contoh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *