Cone Pizza: Taste of Italy

Aduhhh, sampai sekarang tak tertulis lagi pasal YES 2009 sebab masalah edit video yang tak selesai. Setelah laptop Sherrina ni kene format, Sherrina tak jumpa codec yang membenarkan Windows Movie Maker menerima file mpg dan membenarkan file mpg di edit walaupun dah install Sony handycam software. Pecah kepala betol. Menyesal tak backup senarai codec yang ada sebelum reformat dulu.

Oklah, ni cite pasal restoran yang baru Sherrina jumpai. Actually cousin Sherrina yang cite pasal restoran ni. Ianya restoran pizza tapi instead of makan pizza dalam bentuk leper, pizza ni dalam bentuk kon. Memang aneh. Sherrina gi try masa hari raya haji dan beli 2 perisa. Oh ya, kedai ni terletak di Sri Rampai dekat dengan Imigresen area. Kedainya mengadap rumah flat di Sri Rampai.

Masa sampai dan tengok menu tu, pening gak nak pilih. Ada 9-10 jenis pizza pelbagai filling. Akhirnya Sherrina pilih Tuna dan Chicken. Nama penuhnya tak ingat. Setiap pizza harga antara RM9.90 – RM11.90. Setelah buat pilihan, tunggu selama 15 minit gitu sementara ia dimasak. Suasana restorannya tenang dan yang best tu ada free Wifi.

Tadaa…pizza dah siap. Dapat kupon sup percuma untuk trip berikutnya.


Inilah rupanya bila dikeluarkan dari paperbag. Tapak Cone Pizza ni dibuat dari plastik. Kene pegang dengan cermat. Boleh tergolek Cone Pizza ni dibuatnya sebab Cone Pizza ni berat, tapaknya ringan.


Satu diisi dengan Tuna dan satu lagi isinya ayam.


Ini bukan aiskrim tapi Cone Pizza. Kon nya dibuat dari tepung sepertimana pizza biasa cuma dibentukkan jadi cone. Dalamnya penuh dengan inti. Makan satu aje pun dah cukup kenyang. Rasanya sedap. Nanti nak pegi lagi cuba inti lain pulak 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *