Big Bad Wolf Warehouse Sale

Semalam Sherrina dan kawan berkesempatan ‘lari’ ke Amcorp Mall untuk menjengah sisa-sisa yang masih ada di Big Bad Wolf Warehouse Sale. Big Bad Wolf ni boleh dikira antara book warehouse paling best setakat ini sebab mereka benar-benar memberikan harga yang sepatutnya yang dikatakan sebagai jualan gudang. Banyak trend terkini syarikat menganjurkan jualan gudang tapi harga jualan mahal jugak macam harga asal.
 
Kami tiba di Amcorp Mall jam 7 malam. Hari semalam merupakan hari terakhir dimana semua buku dilelong dengan harga RM5 sebuah kecuali jika harga asal buku itu memang lebih rendah dari RM5, maka ia akan ikut harga pada buku. Orang memang ramai, parking pun penuh. Tapi Sherrina memang dah jangka buku tak banyak yang tinggal.
 
Sherrina cuma membeli 6 buah buku, 4 daripadanya berharga RM5 sebuah. Selebihnya berharga RM2 dan RM1. Salah sebuah darinya adalah buku yang Sherrina tak jangka akan ada disitu iaitu hardcover buku mengenai Bill O’Reilly, pengacara tv di Amerika bagi rancangan The O’Reilly Factor. Sherrina sedang membaca buku-buku motivasi tulisan beliau yang sangat bagus untuk dibaca. Jumlah semuanya RM23. Sherrina suka beli buku masa jualan gudang begini sebab lepas habis baca, buku-buku tu boleh didermakan pada perpustakaan sekolah atau rumah anak yatim yang memerlukan. Nak simpan buku di rumah, dah takde almari yang kosong. Lagipun Sherrina lebih gemar menyimpan buku berbentuk e-book yang senang disimpan dan dibaca menggunakan handphone.
 
Syabas Big Bad Wolf, jualan gudang anda memang hebat!
 
 


Get your preferred Email name!
Now you can @ymail.com and @rocketmail.com.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *