Volunteering at Zoo Negara

Pada hari Sabtu, 21 November 2009 Sherrina dan 33 orang daripada pelbagai latarbelakang berkumpul di Pintu No 3 Zoo Negara jam 8 pagi untuk menyertai program kerja amal di Zoo Negara. Program ini yang dianjurkan oleh kumpulan The Malaysia Vegetarian di Facebook mendapat sambutan yang sangat baik. Selain daripada kumpulan ini, program pagi itu turut disertai oleh sukarelawan dari bank Standard Chartered.

Acara dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh wakil Zoo Negara. Awal-awal lagi kami dah dimaklumkan supaya memakai kasut dan seluar panjang. Sleeveless tak dibenarkan. Peserta dibahagikan kepada kumpulan dan dibawa ke tempat tugas masing-masing. Setiap sukarelawan diberi sticker untuk ditampal pada baju.

Sherrina dan 5 orang lagi telah dimasukkan ke kumpulan harimau dimana kami ditugaskan untuk membersihkan kandang harimau.

Kami dikehendaki menyapu daun kering dan mengumpulnya dalam bakul. Kemudian orang lelaki diminta membantu staff Zoo Negara membawa daging untuk dijadikan makanan kepada harimau dan menggantungnya di tempat yang disediakan. Kami juga diminta mengangkat kayu-kayu lama yang telah rosak untuk dibuang ke tempat yang disediakan. Fuh…memang penat tapi best.

Selain daripada melakukan kerja gotong-royong, kami juga dapat mendengar banyak cerita dan pengalaman daripada penjaga harimau yang kami panggil Abang Ngah. Beliau banyak berkongsi pengalamannya sepanjang bekerja di zoo ni. Malah beliau pernah dihantar ke zoo di luar negeri untuk menimba ilmu. Menurut beliau, zoo terbaik di dunia ialah Zoo San Diego.

Yang bestnya jadi volunteer ni ialah, kami dibenarkan mengambil gambar. Apatah lagi, kedudukan kami di pagar belakang sangat hampir dengan harimau dan singa kerana haiwan-haiwan itu lebih gemar melepak di bahagian belakang.

Ada sekali tu, ketika tengah syok mengambil gambar, tiba-tiba singa betina tu datang merempuh pagar. Terkejut giler dibuatnya!

Antara petugas Zoo Negara disitu ialah seorang remaja Sweeden berusia 16 tahun. Namanya Ras. Ras ni baru je berpindah ke Malaysia sebab ayahnya bekerja disini. Dia dah sebulan bersukarelawan disini. Memang dia berbakat dengan haiwan. Sampai harimau tu dah manjanya dengannya.

Sebelah kandang singa ialah kandang tapir. Tapi ni tak mau ke kawasan depan tempat orang ramai menonton. Malah ia asyik melepak di tepi pagar dekat tempat kami melepak. Seolah-olah seronok mendengar kami bersembang.

Ketika bersembang dengan Abang Ngah, baru Sherrina tau betapa mahalnya kos menjaga seekor harimau. Kos makan seekor harimau untuk sebulan boleh mencecah hingga RM20,000. Tu belum lagi kos vitamin, perubatan dan lain-lain lagi. Kalau tak dikenangkan harimau ni spesis nak pupus, tak koser agaknya nak belanja banyak macam tu…

Selain daripada bertugas di kandang harimau, sukarelawan lain ditugaskan di kawasan lain seperti di kandang burung unta, kandang unta, gajah, zirafah, kedai cenderahati, kaunter tiket dan lain-lain lagi

Masa rehat bolehlah jalan-jalan keliling zoo. Masuk percuma apabila menyertai sukarelawan. Cuma bahagian pertunjukkan haiwan takleh masuk.

Program berakhir jam 4.30 petang. Banyak pengalaman dan pengetahuan dapat dikumpul sepanjang hari ini. Kepada yang berminat nak join, gi www.groups.to/myvege

Koleksi gambar yang disusun dalam bentuk video.

Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *