JM Briyani -> yang sedang – sedang saja

Semalam lepas kelas di Pandan Mewah, singgah di Tesco Ampang kejap. Tujuannya nak survey harga susu yang hendak dibeli untuk dibawa ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary Ahad ini sempena program Terendakian@Kuala Gandah sebagai sumbangan. Dah alang-alang survey, teringat plak ada kupon Tesco yang belum digunakan. Daripada asalnya bakul, terpaksa rembat troli pulak. Banyak pula barang yang dikirim oleh ibu Sherrina.

Selepas selesai beli barang dapur, perut pula lapar. Nak makan fastfood, dah muak sangat. Nak pekena Kluang Station, rasa ringan sangat. Jalan-jalan ke hujung, ternampak JM Briyani. Terdetik dalam hati, “ini restoran briyani yang kengkawan Facebook recommend dulu masa”

Kedai pun lengang, masuk ajelah. Duduk dan belek menu. Teringin nak cuba briyani ayam goreng. Tapi ayam goreng habis pulak. Amiklah briyani kambing. Air pula teh ais dan ais kosong. Sherrina ni bukanlah penggemar tegar nasi briyani. Sebab dah makan few times di kedai mamak, rasanya cepat muak.

Bila tiba aje hidangan, terkejut tengok saiz air teh ais. Kalau tau gelasnya tinggi, tak perlu order air sejuk. Sekali imbas lihat saiz daging kambing, macam tak cukup. Bila dah makan, memang cukup sangatlah. Takyah order lauk tambahan. Nasinya juga sedap. Tak terlalu muak macam briyani di kedai mamak. Sedang-sedang aja. Kuah apa ntah, macam dhal tapi agak cair di dalam mangkuk tu pun secukup rasa. Diserikan pula dengan acar buah, kuahnya cukup sedap. Bila digaul dan diadun dengan nasi…skala pH nya tepat. Tak rasa muak.

Rasanya lepas ni bila teringat nasi briyani, mesti datang sini lagi. Restorannya bersih dan selesa.

1 Comment


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *