Apa cer?

Semenjak dua menjak ni bukan main malas nak update blog. Betul2 kene writer’s block nampaknya. Utk mengubatinya, kene le pegi bercuti. Bulan depan kalau takde aral melintang-pukang, Sherrina akan ke Pulau Pangkor. Dapat beli voucher dengan harga yg murah utk penginapan 3 hari 2 malam. Kali ni nak travel dengan bas pulak. Letih dah drive.

Beberapa hari yang lepas, Sherrina menonton filem animasi Cloudy With A Chance Of Meatballs dalam bentuk 3D di Cineleisure. Rasanya mcm dah ketagih pulak menonton filem dalam bentuk 3D. Tapi kali ni efeknya taklah semengancam efek dalam filem Final Destination 4. Tapi awas, jangan menonton filem ini dengan perut yang lapar. Kelak, perut anda akan berbunyi sepanjang waktu menonton kerana melihat pelbagai makanan yang turun dari langit.

Pasal BlackBerry. Makan bateri kuat. So kene le beli extra battery. Usha dalam Lowyat forum, ada mamat ni jual rega RM39. Angkat. Pastu ada sorang ni jual phone dock. Aku ingatkan battery dock. Bila dah jumpa, lain rupanya. Tapi still leh charge. Angkat. Sebab skrg cuma ada 1 charger je, leceh. Kawan2 aku pun dah semakin ramai yang menyertai geng BB. Yayy!

Aku rasa bulan ni ngan bulan depan macam sibuk je. Banyak plak acara dalam kalendar.

Sabtu ni planning nak berbarbecue dengan geng enam-jahanam…sapa lagi kalau bukan ayu, mas, awin, apek, aku and wana. Aku plak volunteer nak bawak lamb. Masalahnya, aku haram tak reti nak marinate lamb. Tolonggggg! Kang aku marinate dengan serbuk kari, boleh? Ahad lak nak gi umah kak Nina Bahador, ex-Terendak sebab dia buat charity sales. Sambil tu leh jalan2 ke Cineleisure.

Ahad depan acara yang paling ditunggu-tunggu. Trip bersama Terendakian ke Kuala Gandah elephant sanctuary. Yayyy! Aku idok lah teruja sangat nak naik gajah (nak naik ke tak, eh? Aku kesian gak ngan gajah tu) tapi aku nak test handycam Sony(gadget lagi….haihh) yang aku dah usha nak angkat sebelum gi trip. Tu yang aku dok tanya kat Facebook sapa nak sedekah handycam yang dah rosak. Sebab Sony Style ada promo trade-in. Pastu nak test editing dalam laptop lak. Dah download siap2 Sony Vegas ngan tutorial2 tentan video editing. Ni aku tgh membaca majalah Videomaker. Banyak info menarik. Kalaulah dapat tangkap HD version, lagi best. Tapi memikirkan ongkos pastu nak editing pun sanggap, lain abadlah aku angkat HD.

Lagi apa? Aku register nak ikuti kursus storyboard di Seri Kembangan. Ada pilihan sama dok kat hotel Uniten atau berulang. Baik dok hotel, leh study waktu malam kat hotel (yelah tu!). Semua ditanggung beres oleh gomen. Aku pun x sure sapa yg sponsor, yg pasti badan kerajaan lah. Kursus tu ajar teori storyboard pastu ada Adobe Photoshop CS4, Adobe Flash, Sound Forge and etc. Best gak tu, kursus tu amik masa lebih kurang 20 hari lah utk 2 fasa. Lagipun hujung tahun ni projek kurang, so masa ni lah nak belajar apa yang patut. Ada satu tu offer blaja Oracle. Kalau korang ada dengar apa2 free course, kasitau eh. Aku minat blaja2 ni lagi2 plak kalau free.

Akhir skali, aku terima call dari RTM. Dorang nak interview aku utk rancangan wanita di TV1. Pasal kerjaya aku. Ada dua pilihan samada nak gi studio atau melalui skype. Hmmm…nak gi studio ke skype aje? Kalau skype aje, tak le gigil sangat. Tapi kalau gi studio, best gak. Bila lagi nak merasa duk dlm studio tv. Tapi program tu tayang secara langsung. Kalau salah cakap mana boleh cut. Hmmm…..

p/s: entry kali ni tadak gambar sbb blogger bengong. Asal aku nak buh gambar je, sangkut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *