Happy Jack’s Review

Pertama kali dengar pasal Happy Jack’s kat Facebook. Memula buat tatau le tengok kawan2 jadi fan Happy Jack’s. Tapi ntah camne beberapa hari lepas ada kawan invite jadi fan Happy Jack’s ni. Sherrina pun klik lah. Amende lah Happy Jack’s nih? Adik-beradik Jack Daniel’s ke? Bila baca, dorang ada bukak kat kedai mamak Shabistan kat Wangsa Maju, belakang Restoran NZ. Tadi lepas keje, gi lah usha. Drive pelan2 tak nampak pun ada gerai burger. Parking kete dulu, dlm hati dah kata…kalau takde burger, pekena nasi paprik pun sodap nih.

Bila sampai, ada hah terpacak. Siap ada banner. Gi lah usha, tengok menu dan harga. Ada macam-macam jenis.


Lepas pilih punya pilih, sherrina maik yg burger daging with full cheese. Apa namanya, lupa dah. Tukang masak dia bagus beb. Cover mulut macam ninja. Takut bersin, bertabur kuman atas burger aku. Kebersihan diutamakan, bagus…bagus….


Tunggu punya tunggu, sampai dah. Tadaaa…..nampak menarik, kan. Presentationnya bagus. Siap cucuk pencungkil gigi atas burger, ingatkan ada bendera. Baguih gak, kot lepas tu nak cungkil gigi, senang.


Rasanya, best. Dagingnya lembut ya amat. Tebal dari saiz daging biasa. Macam mince meat ditepuk2 menjadi burger. Ini memang daging burger paling lembut pernah Sherrina makan. Takyah kunyah pun takpe, rasanya. So, confirm takyah pakai pencungkil gigi. Tapi rasa mcm kurang lah mencabar sebab dah biasa makan burger yang isinya perlu dikunyah2 kan. Mcm burger kat Naili’s. Kalau tak kunyah betul2, tercekik beb.

Dalamnya ada picklet, ala-ala MacD plak. Yang best tuh, ada buh mustard sos. Aisehman, mcm tau2 lak Sherrina ni penggemar sos mustard. Tapi eloknya depa tanya dulu, nak mustard ke tak. Bukan semua orang Malaysia ni reti makan mustard. Cuma tang roti tu mcm kurang umphh lah. Rasa kering. Maybe sebab dah biasa makan roti burger MacD yang suam2 atau roti burger Ramly yang dah penyek diletak atas kuali kot.

Harganya RM4.60. Oklah, not bad. Produk tempatan. Memang kenyang. Ingat lepas tu nak order nasi paprik. Pikir balik, tepuk-tepuk perut….tak jadi lah. Dah kenyang lak makan burger nih.

So, supportlah produk Malaysia. Tapi tang nama tu, dah berapa orang lah tanya aku Happy Jack’s ni ada kaitan dengan arak Jack Daniel ke. Payah gak kalau nama bersangkut-paut ngan nama produk yang tak halal dan famous. Laju je orang kaitkan. Hahaha….apa pun, pi lah pekena burger Happy Jack’s nih.

2 Comments


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *