SuperStar at Wangsa Walk

Kak Aidrina sefamily ajak Sherrina ke Wangsa Walk malam tadi. Katanya ada karaoke baru bukak dan tgh offer RM2 sejam per room. Biar betik!

Kitorg pun berkumpul kat sana. Disertai sekali family kak Julie n abg Jamalul. Smpi agak lambat. Kol 9 lebih. Rooms dah fully booked. Kene amik no giliran, dapat room kol 10.

Bilik besar dan selesa. Tv flat screen. Tp xde ais free flow mcm Red Box Sogo. Cuma kureng, seleksi lagu lom sehebat Red Box dan controller kat tepi tv. Kene set disitu. Takde pakai remote control mcm RB.

Tapi yg kagum tu ada lagu2 yg takde kat RB tapi situ ada. Tang tu gua respek.

So, rasanya aku akan berkampung disitu lah smpi 1 Oct nnt. Bukan slalu ada offer karok dua hengget. Mana nk cari beb. Pas offer, kene pikir lah nk gi situ lagi ke atau Sogo. Tp rasanya Sogo lagi best kot. Murah, air free flow dan byk lagu. Boleh book pakai phone. SuperStar ni takde lagi rasanya.

Jom melalak!

Sent from my BlackBerry® wireless device via T-Mobile-Celcom.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *