Gempur Menara Gading 2009

Pada 7 Ogos yang lalu, Sherrina dan hampir 60 orang Terendakian dan non-Terendakian yang lain telah pulang ke maktab untuk menganjurkan program Gempur Menara Gading.

Program ini berbeza dengan Career Talk yang lepas dimana kali ini speaker berkongsi pengalaman belajar di universiti daripada aspek kursus masing-masing. Sebanyak 8 fakulti dibuka kali ini iaitu Fakulti Perubatan, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Perundangan, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Fakulti Sains dan Pendidikan, Fakulti Senibina dan Ukur Bahan , Fakulti IT serta Fakulti Penerbangan. Kali ini Sherrina tidak terlibat dalam menyampaikan ceramah bagi fakulti IT. Sherrina datang nak kasi sokongan moral dan buat liputan aje.

Sherrina bertolak dari rumah jam 6.30pm menumpang kereta abg Johoe dan kak Ros yang hendak menghantar delegasi Terendakian ke maktab di KL Sentral. Seramai 15 orang peserta menaiki bas maktab di KL Sentral. Pada awalnya, hampir 30 orang sepatutnya menaiki bas. Tetapi disebabkan wabak H1N1, banyak universiti ditutup dan peperiksaan ditunda ke minggu dimana GMG diadakan. Maka ramai speaker terpaksa menarik diri disaat-saat akhir. Kami berkumpul di KL Sentral dan menaiki bas jam 8.30 malam.

Selain disertai oleh bekas pelajar@Terendakian, program kali ini turut disertai oleh jemputan iaitu saudara Khairul (speaker Law dari UIA), Lydia dan Laila (staff Remote Sensing yg menyertai program Mustika) dan seorang lagi speaker Law yang merupakan kawan Rusyaizila (SPM 01). Bas berhenti di RnR Seremban kerana semua belum makan malam lagi. Ada yang bergegas ke KL Sentral dari pejabat kerana takut tertinggal bas. Bas yang dipandu oleh Abang Malek meneruskan perjalanan jam 10 malam dan kami tiba di maktab hampir jam 11 malam. Sedikit kekeliruan berlaku ketika menguruskan kemasukan Terendakian yang menaiki kenderaan sendiri yang telah berkumpul di MP Kem Terendak tapi akhirnya dapat diselesaikan dengan baik. Kami disambut oleh kaunselor maktab iaitu Cikgu Rubi.

Kami ditempatkan di sickbay. Sickbay ni baru beberapa tahun dibina. Ia merupakan bangunan sendiri yang dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu untuk putera dan puteri. Dalam sickbay puteri ada lebih kurang 10 biji katil lengkap dengan bilik air dan bilik mandi. Malah ada ruang tamu pula tu. Cukup selesa.

Hampir jam 12 tengah malam, baru taklimat dapat diadakan. Kami berkumpul di sickbay putera dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh saudara Mad Duan dan Shimi. Speaker diberikan penerangan mengenai tugas mereka semasa program esoknya, tentatif program dan teknik yang baik ketika menyampaikan ceramah.

Selesai taklimat, kami bersurai. Tapi ada speaker yang belum sempat menyediakan bahan, bersengkang mata hingga awal pagi. Malah ada pula yg bukak ‘pawagam’ di sickbay putera. Layan dvd di projektor.

Jam 6.30 pagi, Sherrina terjaga. Siap mandi, menunggu adik Ann Farhanah menghantarkan baju. Lupa nak bawak seterika, nak gi blok untuk guna iron terasa segan pula. Terpaksa minta tolong adik Ann yang kebetulan belajar di situ juga untuk bantu ironkan baju. Minta tolong yee….bukan membuli!

Jam 8.00, Sherrina bersama ngan Lydia dan Laila naik ke teres. Sambil tu cerita le pasal maktab dan tunjuk2 tempat. Pagar kat blok J kene kunci so terpaksa lalu kat blok I. Banyak kenangan kat blok J, first blok masa blaja di MRSM Terendak. Sampai di teres, tengok banyak yang dah berubah. Nak masuk teres, kene bukak kasut. Sekeliling teres dan berpagar untuk elak serangan monyet. Meja dan kerusi pun dah berubah. Ingatkan nak makan roti ngan baked beans dan scramble egg macam dolu-dolu. Sekali tadak lah. Cuma teh o, roti dan kaya aje.

Jam 8.30 pagi, kami bergegas ke Dewan Budiman. Ramai speaker dah tiba. Jumpa dan bersalam ngan cikgu Wan Ainizah dan cikgu Shalina. Kemudian, semua speaker dijemput masuk ke dewan untuk acara perasmian.


Setiap wakil fakulti diberikan peluang untuk memperkenalkan fakulti masing-masing. Dr Nadiah (SPM 95) sedang bercerita dengan ringkas berkenaan bidang pendidikan. Beliau merupakan pensyarah kejuruteraan di USM.


Antara ramai-ramai speaker, Kapten Mushafiz@Bongek yang paling mendapat perhatian kerana beliau hadir lengkap dengan uniform. Beliau merupakan juruterbang MAS.


Tepat jam 9.30 pagi, kesemua speaker berpecah ke kelas masing-masing. Ada yang berkumpul di dewan, studio dan kelas. Nasrul Naim (SPM01) sedang menyampaikan ceramah di Fakulti IT.


Jam 11.30 pagi, adik-adik Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR tahun ini mendengar ceramah motivasi yang disampaikan oleh saudara Iskandar Syahril (SPM97) dan Firdaus Mahmus (SPM 05). Manakala sesi kedua bagi program Tingkatan 5 bersambung semula.

Program berhenti sebentar pada jam 1 tengahari. Makan tengahari disediakan oleh pihak maktab (terima kasih!) di kantin.

Di sebelah petang, semua pelajar Tingkatan 5 berkumpul di PSP untuk program motivasi yang disampaikan oleh saudara Shimi (SPM 97) berkenaan dengan kehidupan selepas keluar dari maktab. Kali ini beliau mempersembahkan kisah Lagenda Abang Bear. Ketika program sedang berjalan, kami dipanggil untuk mengeluarkan barang daripada sickbay. Seramai 26 pelajar yang dalam perjalanan pulang dari hospital Kem Terendak telah disyaki mendapat H1N1. Mereka perlu dikuarantin di sickbay.

Program tamat jam 4.30 petang. Sempat bergambar dengan speaker-speaker yang masih ada di maktab. Ada yang dah balik lebih awal.

Bas akan bertolak dari maktab jam 5.30 petang. Sempat singgah kantin pekena nasi goreng yang masa dulu cukup disukai. Dalam perjalanan balik ke KL, bas maktab turut dinaiki oleh abang Rasul dan kak Salmah (both staff lab maktab). Dorang ingat lagi kat Sherrina. Terharu dibuatnya. Sempat bersembang semasa berhenti rehat di RnR Seremban untuk solat Maghrib. Sepanjang perjalanan tu tertidur kerana keletihan. Apa pun program GMG kali ini berjalan dengan jayanya walaupun ada hiccups disana-sini. Apa pun, terima kasih kpd semua yang terlibat dan harap GMG 2010 dapat diadakan dengan lebih lancar.

Video Gempur Menara Gading (tgk kualiti video ni menyebabkan aku rasa nak beli camcorder aje…)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *