Sunway Lagoon

Semenjak Sunway Lagoon wujud, tak penah sekalipun Sherrina gi. Sebab apa eh? Tiketnya mahal lah. Tapi bila ada peluang nak gi dgn rega yg murah, tak tolak punya. Tapi bila sampai, nyesal gak. Mengenangkan H1N1. Harap2 selamat. Sebab H1N1 agaknya, Sunway Lagoon tak crowded seperti yang dijangka.

Sherrina gi atas jemputan member yg keje di Mindef. Department dimana beliau bertugas buat family day disini. Gi sana naik bas. Parking di Mindef. Dah lama giler tak masuk Mindef. Naik bas kol 9 dan sampai Sunway Lagoon kol 9.30. Pakai tag dan masuk, dok kat area yg dah direserved. Acara kanak-kanak sampai kol 11. Then turun ke pantai utk acara sukaneka dewasa.


Game ni best. Kene pakai goggle yg kantanya dah kaler hitam. So jadi mcm buta lah. Pastu kene bawak air secawan. Jalan takleh pijak ikan. Sampai di depan ada botol. Bukak goggle, curah air dalam botol.


Ni acara tarik tali dalam air. First round, sekali tarik tetiba dah nampak air. Rupanya dah terhumban masuk air.


Main second round, lawan team yg semuanya lelaki. Menang.


Main third round, pun menang gak.


Semangat main tarik tali


Pastu nampak orang main flying fox. Sherrina dgn gigihnya gi lah panjat menara nak main flying fox ni. Ada kat 10 tingkat kot, brape puluh tangga ntah. Sekali nampak ada penimbang dan notis, limit 100kg aje. Cehh, turun balik.

Pas makan, acara bebas. Sherrina ngan member gi naik pelampung besar turun kat gelongsor panjang tu. Beratur panjang tapi tak lama. Memang best lah. Nak amik gambo tapi tangan asik pegang pelampung. Takut terhumban, beb. Laju gak. Sempat naik 4 round. Best!!

Pastu, nampak baldi besar ni kat tempat budak-budak


macam best aje. Nak test seround-dua.

Memang best!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *