Subang Parade, TGIF dan birthday present

Hari ni agak free. Sebab takde kelas. Memang biasanya hari Rabu akan cuba dikosongkan untuk buat backup in case perlu buat replacement class dan lain-lain. Hari ini Sherrina diajak lunch di TGI Friday di Subang Parade. Last skali jejak ke Subang Parade ni, rasanya masa darjah 4 atau darjah 5. Ada kisah disebaliknya….

Nasib baik ada GPS. Kalau tak, harem tatau jalan nak ke Subang Parade. Kalau masuk bab-bab Subang area ni, memang fail beb.


Takleh nak recall langsung rupa SP skarang ngan SP dulu. Dulu mana ada banyak shopping mall. So sesekali dapat gi Subang Parade ni, kira best sangat dah lah.


Tengok Baskin Robbins ni, teringat masa kecik dulu. Gi SP jalan-jalan. My mom nak beli something kat kedai so Sherrina, walid ngan adik-adik lepak le kat area situ sementara tunggu dia shopping. Sherrina jalan-jalan le sebab boring. Ternampak kedai aiskrim. Dalam poket ada 50 sen. Tengok kat menu, ada nampak sesuatu yang berharga 50 sen.

Gi kaunter….”I would like to buy the toppings, please”…..peh, siap kuar 50 sen letak atas kaunter. Tergamam pekerja Baskin Robbins tu. Camne nak jual toppings. Yang Sherrina lak ingat topping tu aiskrim. Pastu mamat tu scoop lah aiskrim and cakap harganya RM3 ke RM5, tak ingat rega Baskin Robbin nye aiskrim time tu. Lari mintak duit kat my mom lah apa lagi. Kene marah sebab beli aiskrim mahal…pastu tak jejak dah ke sana. Tapi bukan sebab insiden tu, sebab kat KL dah banyak bukak shopping mall. Takyah travel jauh-jauh (dulu mana ada MRR2)


Kat TFIF sherrina order lamb. Oklah tapi masin sikit. Thanks so much pada kak Shazlien (senior Terendak) sebab blanje makan dan kasi hadiah.


Tengok tema hadiah dah tahu dah….kih kih kih. Jangan jeles u ols kalau sherrina slim river lepas ni…..muahahahahaha…Thanks so much, kak Shazlien. Semoga bisnes akak bertambah maju πŸ™‚

Kak Shazlien juga sponsor health supplement untuk pelajar program Mustika. Punyalah seronok dorang bila dapat hadiah πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *