Kambing

Kalau sebut pasal kambing, tentu terbayang hidangan-hidangan lazat yang boleh dihasilkan daripada daging kambing.

Misalnya sup kambing, kari kambing, kambing panggang, lamb chop, kebab kambing dan macam-macam lagi.

Tapi walaupun sesedap mana daging kambing sekalipun, ramai orang yang tak reti makan daging kambing. Kata mereka, daging kambing berbau. Sebab kambing tak mandi ke? Ayam ngan lembu tu mandi sangat ke? Hahaha.. Selebihnya takut nak makan sebab kesihatan.

Tapi beberapa bulan yg lalu ada kenyataan akhbar kata saintis dah kaji yang makan daging kambing tidak memudaratkan. Yahoo…tapi idoklah boleh kita mentekedarah seekor kambing sekali harung. Berpinau mata dibuatnya.

Kat mana ye nak makan sup kambing yang sedap? Rasa terliur pula. Tapi apa pun, time rayalah yang paling Sherrina tunggu-tunggu sebab makcik Sherrina, Aunty Tini akan masak gulai kambing yg sodap itu. Nasi impit + kuah kacang + gulai kambing= sedap tak hingat.

Kambing…walaupun badanmu busuk tetapi dagingmu tetap menjadi pojaaan hatiku….jom pekena sup kambing!

Sent from my BlackBerry® wireless device via T-Mobile-Celcom.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *