Gadget Review: BlackBerry Bold 9000

Nokia E70 kesayangan Sherrina akhirnya pencen kerana tiba2 dah xleh perform mcm dulu semenjak kene reformat.


Selama sebulan Sherrina membuat kajian dan pembacaan untuk mencari sebuah phone yg sesuai. Ciri-ciri yg Sherrina cari ialah:

· Ada wifi

· Ada office application

· Tak mudah hang, processor yg baik

· Leh check internet dgn mudah dan push mail (features yg sherrina pelajari kemudian)


Sherrina perlukan phone yg leh akses ke internet kerana jadual keje skrg yg byk di luar hanya membenarkan Sherrina akses email di waktu tgh malam. Bila ada urgent email yg perlu dibereskan, jadi leceh. Biasanya terpaksa tido jam 2-3 pagi utk selesaikan keje2 yg melibatkan internet.

Setelah membaca byk review, Sherrina memilih 2 model. Nokia E71 dan Blackberry Bold. Sherrina dh try Nokia E71 tp keyboardnya agak kecil. Susah nak menaip kalau berjari besar.


Lagipun ada baca review Nokia E71 vs BlackBerry Bold, ramai yg beri review positif bagi BB Bold. Akhirnya, Sherrina pilih Bold. Setelah sekian lama berkecimpung dgn Nokia, kali inilah Sherrina memilih OS yg lain.



Sherrina join topik BlackBerry di forum LowYat.net dan bertanya mengenai BB kpd forumner yg dah guna BB. Setelah yakin, Sherrina nekad utk dptkan Bold. Apatah lagi Celcom baru lancarkan promosi BlackBerry iaitu Storm pd harga RM1600++ dan Bold pula RM20++. Walaupun Storm lebih murah tetapi Sherrina kurang menggemari touch screen phone. Full keyboard lebih feel.



Sherrina ke Celcom utk beli Bold yg offer tu tapi rupanya sold out. Bukan sahaja di HQ tapi di semua Blue Cube. Arghh..frust. Khabarnya beberapa bulan baru stok baru sampai. Sherrina blk dan contact dgn seller di LY. Kebetulan masa buat research, ada bertanya dgn penjual utk beli phone saja.


Satu perkara mengenai BB ni ialah ianya sukar dibeli di kedai2 handphone biasa. Samada kene beli di telco & ikat kontrak atau kene cari supplier yg ada stok phone ni. Kebetulan ada supplier yg masih ada stok. Sherrina reserve dgnnya dan ke Subang. Setelah nego, Sherrina dpt beli dengan harga RM2100, beberapa ringgit lebih dari di Celcom tapi x perlu ikat kontrak dgn Celcom.



Keesokan harinya, Sherrina bawa BBB ke Celcom dan tukar package ke Exec 50, unlimited data dan BB service. Altogether RM148 per month. Cukup mudah, staff disana akan bantu configure. Tukar sim card ke kad 3G dan beberapa jam kemudian Sherrina mula menerima email melalui push mail. Walla!



Setelah 2 minggu bermain dgn BB, Sherrina dah jatuh cinta dgb BB Bold kerana:

§ Saiz phone yg besar dan kemas bila dipegang.

§ Susunan key pada keyboard yg x terlalu rapat dan selesa

§ Saiz skrin yg besar, kualiti skrin yg jauh lebih baik dari hp lama dan sharp. Tidak memedihkan mata bila tgk dgn lama

§ Boleh buka beberapa aplikasi dan tidak slow atau hang. Misalnya chat di YM kemudian switch to email, web, Facebook menggunakan Switch Application dgn mudah.

§ Audio port 3.5mm membolehkan Sherrina guna apa shj earphone yg ada di pasaran

§ Kualiti audio yg bagus

§ Menu yg simple, straightforward dan ada short cut function utk kegunaan yg lebih pantas

§ Kamera yg ada flash walaupun cuma 2mp

§ Chargernya adalah usb yg kecil sama mcm yg byk digunakan pada digital camera dan GPS. Boleh charge guna elektrik dan juga cucuk pada usb komputer.


Aplikasi yg Sherrina dah cuba dlm Bold:

  • Facebook for BB-mmg best. Senang nk update status, baca status kwn dan reply, send and receive message serta upload gambar ke FB
  • YM for BB- senang digunakan, boleh biar je online dan bila ada org msg, icon YM akan muncul di skrin.
  • TwitterBerry-aplikasi utk Twitter
  • Office application iaitu Word To Go, Slideshow To Go dan Sheet To Go
  • BlackBerry Browser dan Opera Mini browser yg simple dan pantas



Kekurangan pada Bold yg telah dikesan sehingga kini:

· Bateri bertahan satu hari sahaja jika on 3G – tukar ke 3G hanya bila byk surfing dan download fail yg besar or else guna 2G

· Gagal transfer file dari Nokia ke BB melalui bluetooth-kene pakai microsd adapter utk transfer guna laptop

· Tak boleh save email address terus ke Contact-copy dan paste dari email ke phonebook

· Aplikasi yg ada utk BB tak sebanyak utk Nokia. Mungkin kerana BB ini adalah business phone.

· Aksesori utk BB tidak byk dan agak mahal utk beli yg ori.



So far tu je baru discover. Tapi features yg ada dah cukup baik. Antara aksesori yg Sherrina dah ada ialah:

· Screen protector-RM10



· Holster-RM10 tapi kini Sherrina x guna sbb mencucuk pinggang. Just simpan dlm leather cover yg dapat masa beli BB



· Sillicon cover utk elak body dari calar – RM18


So far dah 2 minggu pakai BB Bold ni, takde masalah yang besar lah. Untuk memahami BlackBerry dengan lebih mendalam, dapatkan buku Blackberry For Dummies. Sherrina baca e-book ini di Bold menggunakan Mobipocket.


Model-model BlackBerry yang akan keluar tak lama lagi ialah Blackberry Storm 2 dan BlackBerry Tour. Tapi tatau le bila sampai Malaysia.


Post ini ditaip menggunakan Word To Go.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *