Cerita-ceriti May-June 2009

Ringkasan beberapa catatan peristiwa yang telah berlaku. Firstly, Sherrina dah mencuba highway Duke dari Ulu Klang terus ke Jln Duta. Tol RM2. Sangat efisyen dan berbaloi. Tak perlu menempuh city centre. Terus sampai ke tol Jln Duta.


Menuju ke Bestari Jaya a.k.a Batang Berjuntai (nape eh dorg tukar nama?)


My youngest sister dah habis blaja. Cuma tinggal nak practical dan kini dia practical di Zoo Negara. Sungguh lucu, tak terjangkau dek akalku nak praktikal di Zoo ketika aku blaja dulu. Muahahaha…. Tapi what the heck, nak cari tempat praktikal sangat susah. Surprisingly, sangatlah ramai rupanya budak uni yg praktikal di situ. Rasanya student kursus Zoology ntah brape kerat, yang lain tu kursus2 bukan berkaitan dengan Zoo :p


Rabu dan Khamis lepas ActivemindKids mengadakan Kem IT dengan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya. Kali pertama kami mengadakan kem IT (selama ni buat kem sains aje) dan ianya sangat menyeronokkan.


Laporan penuh di blog ActivemindKids yang akan dikemaskini.


Sherrina ketagihan menu ini di KFC. Baked potato itu sangatlah enak.


Ini pula di Berjaya Times Square. Percubaan pertama donut Krispy Kreme.


Macam-macam jenis donut ada


Sherrina pilih donut yg biasa tu, rasanya specialty di KK sebab donut tu saje ada 2 tray.


Rasanya sedap, lembut dan sangat manis. Dah le ada coklat, disalut plak dengan gula. Lepas makan jadi sangat haus. Rasanya oklah, tidaklah menjemukan seperti J-Co donut.

Petang tadi member ajak tonton filem Jangan Pandang Belakang Congkak. Komedi seram, sesuailah untuk tonton sambil bersantai. Gelak-gelak tengok lawak Mazlan Pet Pet yg kelakar tu. Smalam plan nak tengok Syurga Cinta tapi sold out. Surprisingly filem Syurga Cinta mendapat sambutan yang sangat hangat dan review yang bagus-bagus. Ingatkan just another filem hampeh. Takpe, tak dapat tonton di pawagam tunggu je lah vcd nya keluar di kedai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *