Fastfood Tempatan

Dua fastfood tempatan yang Sherrina telah cuba dan Sherrina gemari ialah Melawati Kebab (dah lama wujud) dan Roti Mat Salai (produk baru)

Memula makan Melawati Kebab ni, memang addicted lah. Dulu masa skolah, sanggup kayuh basikal ke Taman Melawati. Kat area gerai nasi ayam yg famous tu, ada satu gerai Melawati Kebab. Dulu mana ada MRR2. Selamba je cross jalanraya dengan basikal. Sekarang tak berani. Beli kebab daging dan air tebu. Perghhh…enak, beb.

Skarang Melawati Kebab dah ada di most pasar malam. Sherrina lebih gemari daging sebab rasa lebih sedap berbanding kebab ayam. The best Melawati Kebab di pasar malam AU4 sebab isinya banyak. Pueh hati.

Minggu lepas gi MBO, ternampak gerai Roti Mat Salai. Sherrina order salai daging + cheese. Harganya RM3.50 kalau tak silap. Kalau yg biasa, rega RM2.50. Rasanya sedap. Roti tu lembut dan selain dari daging salai, ada serunding. Perghhh……kreatif giler. Kini serunding pun dah jadi menu fastfood tempatan.

Apa pun, bangga dengan produk fastfood tempatan. Kita kene le sokong. Kalau bukan kita, sapa lagi. Kalau yang asyik telan fastfood dari luar negara tu, apa kata sesekali ubah selera ke fastfood tempatan. Tidak kurang enaknya.

Yang penting, makan tanpa was-was


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *