Restoran Cosy Place

Last week Sherrina berkesempatan mengunjungi Cosy Place. Dah lama bukak sebenarnya tapi tak teringat nak pegi. Kebetulan kak Aidrina sekeluarga nak gi sana, saya join ajelah. Lokasinya di Wangsa Maju Seksyen 5, belakang San Fransisco Pizza.

Restoran ni bertemakan ala English dengan dekorasi yang membuatkan kita berasa seperti berada di rumah di England. Suasananya tenang dan nyaman. Memang best lah kalau nak bersantai tenangkan fikiran.


Makanan kat sini ada local food dan western dish. Ni fish and chips.


Menu sherrina mcm biasalah, lamb chop. Lagipun tengah ada offer. RM12 kalau tak silap. Memang sedap, lembut dan enak. Lagi sedap dari lamb chop di San Fransisco Pizza. Minuman disini agak mahal, so Sherrina cuma minta ice water. Minuman panas dihidangkan dalam teko kecil, yang tu rasanya agak berbaloi. Satu teko tu lepas 3 cawan. Harga dalam RM5-RM7 kalau tak silap. Tapi hot chocolate disini potong lah….cair dan tak sedap.


Suasana di restoran

2 Comments

  • nice..
    so..pendapat awk, menu dia ok x? harga mcm na?
    sbb nak gi sana la bulan posa ni ngn kawan2..

  • Harga ok. Berpatutan. Dulu lagi mahal. Sekarang dah banyak menu yg mampu-beli. CUma disana takde surau so nak buka puasa pastu nak solat maghrib agak payah sket.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *