ActivemindKids Science Camp @ Kompleks 3C

Uikss…lamanya tak update blog. Kene buat marathon update blog le mcm ni. Bermula dengan entry mengenai kem sains Activemindkids yang terkini yang berlangsung pada 9 Mei 2009 di Kompleks 3C bersebelahan Sunway Pyramid. Program ni anjuran Activemind dan Majlis Perbandaran Subang Jaya. Peserta seramai 24 orang dimana sebahagian besar adalah adik-adik daripada Rumah Aman.


Menulis maklumat diri di buku yang disediakan


Eksperimen melibatkan tepung


Seronok sungguh bila dapat main ngan tepung bercampur air


Percubaan mengapungkan telur didalam air


Punya semangat sampai tonggeng-tonggeng di lantai


Eksperimen yang ditunggu-tunggu, membuat dan meletupkan gunung berapi


Gambar berkumpulan

Kem kali ni hanya separuh hari sahaja. Walaupun singkat tapi cukup seronok. Mula-mula dorang agak malu-malu tapi bila dah di hujung waktu, dah macam kenal lama.

Kem berikutnya di kompleks yang sama iaitu kem IT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *