Apa boleh buat dgn RM50?

Tarikh Kejadian: 17 April 2009
Tempat Kejadian: Carrefour Wangsa Maju
Masa Kejadian: 6.00 petang

Dah lama sangat Sherrina tak gi Carrefour. Semenjak beberapa peristiwa yang lalu (dah amik barang-tak byk sgt kemudian lihat queue yg sgt panjang, akhirnya tinggal aje barang2 itu di tepi rak dan berlalu pergi) memang malas bebeno nak jejak ke Carrefour. Tapi ntah kenapa 17 April tu tergerak sangat nak ke Carrefour lepas keje.

Oh ye, sebab nak usha DVD player utk umah baru di Wangsa Maju tu. Member dah beli tv, cuma dvd player je takde. So ingat nak le usha kot ada yg murah2. Usha2 je dulu, duit memang tadok pung. Masuk je Carrefour, terjumpa Misri, member lama masa blaja di UTMKL dulu. Makin terang kepalanya. Katanya kesan kemerosotan ekonomi. Ceh, alasang.

Bila dah usha2 dvd player, jalan2 gi tgk cadar tilam. Yalah, tilam dan katil dah order tapi cadar tak beli2. Takde yg murah, chow dulu. Jalan lagi ke tengah, kot2 ada penghabisan stok. Tetiba nampak orang mengerumuni sesuatu. Uiks, amende tu? Bila didekati, penghabisan stok buku lah. Wah, sejak bila plak Carrefour buat sales buku? Adakah sempena Pesta Buku di PWTC bulan ini? Seperti magnet, Sherrina mula merapati longgokan buku. Ceh, takde respek langsung pada buku. Ada ke ditimbunnya macam kain lap kaki. Kot ye pun susun le elok2. Senang nak cari. Sambil menyelak-nyelak timbunan buku tu (rasa nak selam aje masuk dlm timbunan tu), dah jumpa 3-4 buku yang sangat2 digemari dan berbaloi dibeli.

Oh ya, reganya RM5 untuk sebuah buku. Berbaloi, nyah! Mana nak cari buku2 yg kulitnya masih berkilat dan ada pun yg comot sikit2 je dgn rega RM5. Kedai second hand pun tak dapek rega ni. Aku dah pusing kiri-kanan. Alamak, takde troli dan takde bakul. Terpaksa ke kaunter utk cari bakul. Takde plak. Arghhh, saat-saat genting mcm inilah bakul habis plak. Rembat satu di kaunter dan kembali ke tapak operasi.

Memberku ntah ke mana. Aku asyik mencari buku2 yang berbaloi untuk dibeli. Dalam keasyikan membelek buku, kawal2 gak nafsu. Duit dalam poket ada lima puluh hengget je…lepas dihitung, dapat le soploh buah buku. Oklah tuu.

Lepas pilih dan tapis, daripada berpuluh buku yang dipegang, Sherrina pilih 10 buku ini:

Bila dibelek-belek nilai sebenar buku-buku ni, rasanya beratus-ratus hengget. Tapi saya berjaya membelinya dengan harga lima puluh hengget aje. Terima kasih, Carrefour…buatlah selalu 🙂

Tadi lepas mengajar, singgah Carrefour Ampang. Ada juga pesta buku tapi buku-bukunya tak menarik macam di Wangsa Maju.

Apa pun, den cukup pueh hati lah…walaupun lepas membayar tu diisytiharkan muflis. Mengharap belas kasihan kawanku itu utk belanja makan..hik hik hik…..bukan slalu pung 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *