Jiranku Yang Giler

Apalah malangnya nasibku. Dulu masa mat bangla keje KFC dok umah belakang ni, depa pasang lagu bangla sekuat-kuatnya. Aku rasa dah boleh hafal lah. Pastu dorang blah, masuk budak-budak Melayu yg keje KFC gak (aku rasa KFC sewa umah tu lah). Few months ok, sekali agaknya KFC kasi bonus….depa sudah bawak karaoke set masuk umah daaaa….

Hari ini dorang dok melalak dari jam 5 petang sampai sekarang….dah le bilik aku mengadap umah dorang. Stress betul…suara cam syial. Kalau nyanyi aje, oklah. Ni siap buat ala-ala konsert fun fair lak tu…main ketuk-ketuk mic, test suara, Terima Kasseyyyyyy…..arghhhhhhh…

Time maghrib pun melalak…..boleh sawan dan naik blood pressure aku macam ni!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *