Restoran Thaharah @ Desa Pandan

Sabtu lepas berkesempatan mengadakan Ops Jalan-Jalan Cari Makan di Desa Pandan. Kali ni di Restoran Taharah yang famous dengan masakan tomyam. Anehnya restoran tomyam ini beroperasi dari waktu tengahari lagi. Kebanyakkan restoran tomyam mula buka petang. Jadi, bagi yang mengidam nak makan tomyam di waktu lunch bolehlah terjah restoran ini yang terletak tidak jauh daripada Restoran Rose 911 yang terkenal dengan masakan nogori.

Untuk minuman, Sherrina order jus oren. Memang sedap dan pueh hati.

Inilah rupanya tomyan seafood yang terkenal disini. Satu mangkuk ni sebenarnya boleh je makan dua orang tapi sebab tak mau share isinya, maka kami order sorang semangkuk. Harganya RM7 kalau tak silap. Tomyam ni versi tomyam susu@santan. Sedap…


Ada ketam, udang, sotong, lala dan banyak lagi. Isinya juga banyak. Memang tak kudukut.


Selain nasi putih dan telur goreng, Sherrina order sotong celup tepung. Not bad….

Kesimpulannya, tomyam kat sini memang class lah. Tidak cair dan sesuai dengan mereka yang gemarkan tomyam susu. Pueh hati le makan disini. Cuma orang citer kalau lunch time hari kerja, humang aihhh….sesak. Tapi hari Sabtu ok, nyaman je makan disini. Selain tomyam, banyak lagi lauk-lauk Thai yang enak disini cuma kata member yang rajin makan disini, nasi goreng ke apa kureng. Mereka cuma pakar bab bikin lauk-pauk aje.

So kalau gi Restoran Thaharah, order nasi putih dan tomyam pun dah kira ngam ho!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *