Karnival Ex-TDK 2009 @ Tasik Titiwangsa

Ahad lepas telah berlangsung acara Karnival Ria untuk bekas pelajar MRSM Terendak di Tasik Titiwangsa KL. Sebulan sebelumnya Sherrina cukup sibuk le sebab macam-macam keje perlu dibuat untuk persiapan karnival ni.

Sehari sebelum karnival, Sherrina berada di padang bolasepak dimana karnival akan dijalankan untuk memerhatikan kerja-kerja memasang khemah. Time tu pulak ada pertandingan American Football ditempat yang sama, ketika separuh khemah telah dipasang. Memula pihak Titiwangsa kata takde hal pasang disitu sehari sebelum acara tapi orang2 football ni pun sewa gak. Ape daa..tapi mcm tak biasa kan dgn pengurusan gomen.

Hahahaha…lepas bincang2 pecah kepala, terpaksa susun semula khemah-khemah tu. Suh dorang angkat khemah2 tu dan alihkan ke lokasi lain yang tidak termasuk dalam garisan mereka. Terkial-kial nak angkat, wak yang pasang khemah tu selamba je angkat berempat. Dorang termengah-mengah walhal angkat punyalah ramai. Hahahaha…..

Di pagi hari Ahad, Sherrina sampai di padang jam 7.45 pagi. Tunggu lori khemah datang bawak kerusi dan meja. Sekali ada jugak penyewa lain di padang tu. Syarikat hot air balloon pulakkk. Macam-macam masalah. Mujurlah dorang cuma nak pakai tempat tu sampai kol 10 pagi je.

Tak lama kemudian, orang katering dan PA system pun sampai. Sibuklah mereka setup barang masing-masing. AJK lain pun sampai dan bantu pasang banner dan bunting di sekeliling khemah.


Sound check


Dr Azahadi yang serba boleh. Potong orang pun boleh, pasang banner pun boleh.


Khemah tetamu


Antara Terendakian yang awal berada di lokasi.


Gerai Khazanaz milik kak Ros Alhana dan abg Johoe


Gerai Big Apple turut menyertai karnival ini


Gerai-gerai lain milik Terendakians yang turut sama


Kak Hamsa sedang menyusun produk-produk syarikatnya


Malyoi menjadi emcee terjun untuk karnival ini, sebelum diambilalih oleh Mad Duan.


Misz Mastura yang join acara karaoke.


Mad Duan menyumbangkan 3-4 lagu


Abg Ed, antara yang pertama hasil bidaan karaoke


Mej Adi pun tak ketinggalan menjadi mangsa bidaan


Brader Fakran dan Mulan berduet


Kak Suraya nyanyi bila semua org dah balik….samalah dengan den jugak


Pasangan yang mendapat bidaan tertinggi, bro Jamalul dan kak Julie


Cabutan bertuah pun ada…


Is dan Shimi membuat pengumuman cabutan bertuah


kak Aidora menang kotak besar….isi apa agaknya


Acara yang dinantikan ramai, sukaneka


Shimi tukang organize sukaneka


Jokyu dan anaknya Marcella yang dah tak sabo-sabo nak main


Oshie dan anak-anaknya….dlm permainan dadu


Team Mulan yang menang tempat pertama


Game kedua, baling cawan (versi baru kepada baling tin)


Balingan pertama


Abg Safiuddin mengelak dengan cekap sekali menggunakan Hikmat Kempiskan Perut Tahap 18


Mulan tgh sibuk menyusun cawan sambil memerhatikan pihak lawan membantai dengan bola tennis.


Ni gaya apa plak ni, abg Ed?


Abg Ed menunjukkan skil mengelak bola


Acara poco-poco dikendalikan oleh Mulan


abg Huzairi dan anaknya

Majlis habis jam 4 petang. Kol 5 baru gerak dari padang, selepas semua dah balik kecuali pihak khemah yang masih menunggu lori khemah. Sebelum balik, dapat cenderahati cupcakes daripada Khazanaz (thanks so much, kak Ros dan abg Johoe). Buat bekalan makan di tengah malam…hahaha.

Selain tu, dapat juga satu bag barangan Thymes Orion daripada kak Hamsa. Thanks so much, kak.


Lawo giler paperbag ni


Brochure


Minyak kelapa dara


Honey vinegar

Overall, sangat puas hati. Semua persiapan berjalan dengan lancar, mula-mula tu ada le hiccups sikit tapi dapat diselesaikan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua exco dan pihak yang menjayakan karnival ini. Terima kasih kepada semua Terendakian yang datang menyokong acara ini. Jumpa lagi di gathering terbesar Terendakian di tahun 2010 nanti 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *