Aku dan Mitsubishi Storm

Sherrina tatau lah ada badi apa antara Sherrina dengan Mitsubishi Storm. Kali pertama menggeselkan kereta dengan body kereta lain, ialah dengan Mitsubishi Storm. Kali pertama kereta ini digesel oleh kereta lain, juga dengan Mitsubishi Storm.

Semalam Sherrina fetch member di Kg Baru. Lepas amik dia, jalan jem. Nak ke Kota Damansara attend meeting. Nak lepas ke main road, kene menunggu. Tengah syok layan Carta SMS di Sinar FM tetiba nampak kete Storm yang parking di tepi jalan, ngam2 sebelah pintu kete Sherrina yg sedang berhenti menunggu turn nak jalan dalam keadaan jalan yang jem. Tetiba Storm tu berundur dan tanpa henti sehinggalah ‘dang’! Baru berhenti. Damn, bukan ke kete2 mahal mcm ni ada sensor bila reverse? Pastu, side mirror besar gedabak pun haram tak nampak kete aku. Dah le bhgn depan kete dah terlajak ke depan, confirm nampak. Memang buta nak mampus.

Naik darah? Sikit…tapi fed-up sebab now memang dah confirm lambat gi meeting di Sasbadi di Kota Damansara. Sherrina keluar, tgk ada calar dan sikit lekuk di pintu. Gi ke tingkat kete Storm, mamat tu dgn anaknya di belakang cuma minta jalan ke depan utk park supaya leh discuss. Jalan jem, nak jalan pun semput.

Lepas ke depan, park depan kedai. Mamat tu nak park depan lagi, Sherrina suh dia park situ gak. Brape jam mau tunggu jalan clear kalau nak ikut jalan dia. Lepas nego-nego, malas nak story panjang gi bengkel bagai, Sherrina amik RM150. Ya, I know. Sikit nak mampus. Dia nak suh gi bengkel member dia baiki and dia bayar and blablabla. Zaman melecet ni, penipu pun bukan sikit2. Buatnya dia kelentong, silap2 Sherrina lak yg kene bayo. Amik RM150 dan blah. Malas nak pikir panjang, ada keje yang lagi penting nak kene attend.

Sampai di Sasbadi, member tgh discussion. Join in the middle dan bincang sampai kol 1. Lepas tu gi makan kat Ikea. Tatau le apa badi kete Sherrina dengan Mitsubishi Storm. Kene mandi bunga bawah jambatan gamaknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *