Gadget: HDD Media Player

Sherrina seorang yang rajin download stuff from internet. Stuff apa? Mende2 biasa. Movies, softwares, tv series, ebook, training video and etc. Semenjak pandai guna Rapidshare, lagik lah menjadi-jadi keje downloading nih. Sekarang plak sudah upgrade Streamyx ke 1 Mbps, lagi aktif lah. Bila dah laju downloading, maka saiz hard disk pun makin susut. Mulalah buat koleksi dvd. Burn material-material tu dalam dvd dan buat inventori guna software. Memang bestlah sebab leh simpan banyak mende-mende especially rare collection yang susah nak jumpa.

Bila download tv series dan movies, nak tengok di laptop setiap waktu agak membosankan juga. Sesekali nak gak tengok di tv. Nak burn dlm DVD jadi dvd format amat melecehkan, buang dvd sbb ia akan makan saiz yg besar serta di rumah Sherrina takde dvd player. So apa cara nak tonton di tv?

Sherrina terjumpa satu gadget di forum Lowyat. Selama ni tak penah tau pun kewujudan mende ni. Ia merupakan satu device yang boleh memainkan lagu, gambar dan filem daripada portable drive ke tv. Cool, kan. Namanya ialah HDD Media Player. Bila Sherrina usha-usha, rupanya banyak brand dan model. Mostly made in China tapi ada satu ni dikeluarkan oleh Western Digital. Rupa memang cun habis lah, tapi reganya 4-5 kali ganda daripada player cap ayam. So lepas usha-usha, Sherrina contact sorang seller di forum LY dan beli ngan dia dengan rega RM190.


Dalam satu kotak ada macam-macam barang


Ni lah HDD Media Player. Leh main macam2 format spt avi, divx, mpeg, vob dll


Audio dan video cable


Plug. Nasib baik 3 kaki. Takyah pening2 nak cucuk ngan kunci.


Skru driver. Kalau x silap leh buh hard disk dlm player ni. Tapi Sherrina tak buh lah, leceh nak bukak-bukak. Cucuk je external hard disk atau pendrive pakai USB port.


Manual. Leh baca cara nak guna tapi takleh harap sangat. Maklumlah Made In China.


Ni paling mustahak. Remote control. Mula-mula beli dapat remote problem. pastu tukar ngan seller, baru ngam. Mula-mula pasang kuar bahasa Cina. Jenuh gak nak cari jalan nak tukar setting sebab remote malfunction. Tapi lepas berjaya tukar bahasa, takde masalah lagi. Dapat remote baru yang elok, selesai semua masalah.


Ni contoh filem yang dimainkan menggunakan pendrive cucuk di HDD Media Player. Kalau filem yang kita download tu high quality, gambar memang sangat cun lah. Audio pun takde masalah. Malah support subtitle juga. Lepas ada gadget ni, barulah puas nak tonton filem dan tv series di tv. Malah gambar2 digital pun leh dimainkan di tv dengan mudah. Cuma satu je yg Sherrina encounter bila guna mende ni. Volume tv kene kuatkan lebih dari biasa sebab ia bergantung kepada filem yg download tersebut. Tapi tak jadi masalah sangatlah nak naikkan dan turunkan volume tv. Cuma sebelum cabut player ni dan tukar kepada siaran tv biasa kene ingat untuk turunkan semula volume.

Kredit: Thanks to kak Intansue yg byk kasi tips pasal mende ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *