Malang Memang Tarak Bau…..

Sabtu pagi, terkocoh-kocoh gi Masjid As-Sobirin. Sebab nak kene mengundi jawatankuasa masjid yang baru. Sebagai ahli kariah, kita layak mengundi. Habis mengundi jam 11 pagi, balik umah amik beg untuk pegi meeting Ansara Terendak di umah Mejar Adi di TUDM Subang. Park kete di Tmn Melawati sbb nak tumpang kete kak Aidrina. Masa nak ke kereta mereka ntah camne tau-tau je dah tumbang ke bumi. Pedih woo tapak tangan ngan lutut. Malu toksah cite lah. Cam nangka busuk. Masuk dalam kete baru nampak ibu jari kaki berdarah, kulit pecah. Adeh, terpaksa kak Aidrina gi beli plaster then tisu. Tak sanggup nak bungkus ngan plaster, nak bukak nanti lagi sakit. Balut ngan tisu je. Sampai umah abg adi, dia bagi minyak gamat ngan kain untuk balut kaki. Lega sket.

Malam tu nak tido tukar bandage. Takleh nak tido. Kaki berdenyut-denyut. Dah lama tak jatuh teruk macam ni. Sok pagi bangun lewat. Lega sket lah kaki. Siap-siap gi amik member ke Cineleisure. Kaki sakit sket takde hal, Upin Ipin punya pasal.

Sampai di Cineleisure, memang dah lambat. Booking tiket kol 12.55 tengahari, patut gi amik tiket sejam sebelum. Tapi sampai di kaunter dah kol 12.30. Gamble je time tu. Ada rezeki, adalah. Seperti dijangka, memang takde. Ingat nak give up lah tengok cite Pink Panther 2, tapi orang tu check system, ada seat cantik kol 5. Sebab dorang bukak panggung extra. Terus beli tiket. Gi jalan-jalan ke The Curve, nak try makan di Bubba Gump.


Dalam bucket ni ada tisu dan botol sos

Bubba Gump ni adalah idea daripada satu part dalam filem Forrest Gump, lakonan Tom Hanks. Sebelum ni dah slalu lalu disini tapi tak singgah-singgah. Kali ni since ada banyak masa sebelum tayangan filem Geng, masa kitorang singgah lah. Dah memang tau harga makanan disini sikit mahal so kitorang order untuk makan sorang je, sebab takat nak rasa je samada sedap ke tak.


Signage atas meja utk bagitau ada orang ke tak di meja tu.


Jus mangga, minuman paling murah. RM9.90. Ianya cuma kordial perisa mangga dengan seulas buah oren didalamnya. Rasa, sedap dan oklah….rasa air kordial.


Set udang goreng dan fries. RM38. Nasib baik amik 1 set je. Kalau tak lapor kebuluq, set ni cukup nak share dua orang.


Aiseh, kat sini pakai sos Lingham lah. Teringat kenangan di MRSM. Kat sanalah Sherrina blaja makan keropok cicah sos ni. Tak penah tau wujudnya sos ni sehinggalah member di MRSM yang kenalkan. Memang sodap.

Fuhh, udang cicah sos…..sodap beb.

Makan kat sini best lah, tapi agak mahal juga. So leh makan sini time ada duit lebih atau time tak lapar sangat so that leh beli satu plate je dan share. Cuma kat sini tatau le, cam pelik sket waiter dia. Bila order makan utk sorang, buat muka pelik. Pastu order air untuk sorang pun pelik. 2-3 kali datang tanya ok ke tak, nak mintak ice water ke tak. Memang taknak pun sebab takdelah haus sangat, tapi lepas 3 kali tanya dia bagi je ice water. Pelik tol lah. Nasib baik free. Dan jangan harap lah leh lepak sini lama-lama. Lepas makan ingat nak dok jap tunggu makanan turun ke perut sambil borak-borak. Tetiba je datang anto resit ngan kertas komen servis dorang. Tu hint-hint suh blah lah tu. Cehhh, baru nak rehat-rehat. Bayar terus blah.

Banyak masa lagi ni, kitorang gi Borders. Amik buku John Grisham yang latest, The Associates dan baca. Nasib baik ada couch yang kosong, boleh baca dengan selesa. Tapi ada plak budak-budak cina umur 9-10 tahun yang memekak ala-ala macam di umah sendiri. Bapak dia buat bodoh je, jeling 3-4 kali baru blah. Tak reti nak educate anak camne nak behave dalam kedai buku. Cakap omputeh tak kalah, tapi behaviour di kedai buku out.

Ada sejam lagi, lepak minum di kopitiam lah. Pekena bun, cham dan telur separuh masak. Takleh lawan toast bun Kluang Station tapi oklah. Member makan telur separuh masak.

Akhirnya dah pukul 4.30 petang. Kitoran bergegas ke Cineleisure. Fuh, ramai giler orang. Penuh dengan budak-budak. Beli air dan keropok, tak sabo-sabo nak tunggu panggung 10 bukak. Bila nombor dah naik, terus serbu nak masuk. Bukan apa, kene masuk cepat2 sebelum budak-budak berpusu-pusu masuk. Kang ada yang terpijak kaki aku, naya aje. Selama 1 jam menonton filem Geng, memang takde part yang jemu. Semua perisa ada. Harmoni, gelak ketawa, lawak nak mampus, sedih, seram, adventure..serba lengkap lah. Memang puas hati.

Part takleh lupa ialah masa Upin Ipin scan bawah kete lembu (serius, tak terpikir dek kepala otak aku idea mcm ni, genius giler), ayat Sappy…Go!! dan trademark yang famous, “Fikirkan Masa Depan”. Scene yang terselit pun lawak nak mampus mcm scene monyet minum air kelapa dan scene bas rosak. Memang puas hati lah, sangat2 puas hati. Panggung full sampai kerusi paling depan. Member gi di MBO Ampang, disana pun full house. Siap bukak 10 panggung khas utk cite ni. Kalau korang lom tengok, gi lah. Serius terhibur, tak rugi beb. Support industri animasi Malaysia. Rasa nak gi tengok lagi. Filem ni bila kuar je dvd, musti beli utk bikin koleksi.

7 bintang untuk filem Geng!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *