Teringat cerita lama…

Tetiba teringat citer ni, selongkar di blog dan naikkan ke sini untuk kongsi cerita….

Sedang membelek2 thread2 lama di Forum Cari, terjumpa satu topik yang menarik bercerita mengenai kesahihan kisah mitos naga. Terjumpa semula posting yang aku tulis disitu. Disertakan satu salinan disini untuk simpanan peribadi dan untuk dikongsi bersama pembaca2 blog ini:

bercerita pasal naga nie, sherrina teringat satu kisah yg menjadi koleksi dalam keluarga sherrina. ayah sherrina yg menceritakannya dan sherrina tak dapek nak sahehkan kebenarannya.

menurut ayah sherrina, suatu masa dahulu di kedah (pulau langkawi) terdapat le satu keluarga yg tinggal di dalam satu kampung. ketika itu si isteri sedang sarat mengandung. Suatu malam isteri itu mendapat alamat dalam mimpi yg dia akan mendapat sesuatu selain dari anak yg bakal lahir. pabila terjaga, si isteri pun terpikir2 tapi buat tak tahu sahaja kerana menganggap ianya mainan mimpi.

setelah tiba masanya, si isteri pun selamat bersalin dgn bantuan org2 tua di kg itu. Yg amat mengejutkan ialah selain anak yg lahir terdapat juga ulat yg keluar. Org2 tua yg menyambut bayi itu membuang ulat itu ke bawah rumah (rumah tinggi jenis lantai papan tak rapat, ada lubang dicelah2nya). Malam itu isteri itu bermimpi seseorang menyuruhnya mengambil balik ulat itu dan memeliharanya.

sok paginya isteri itu terjaga dan menyuruh seseorang mencarinya dibawah rumah. Ulat itu ditemui dan disimpan didalam bekas. Diberi makan spt anaknya sendiri. Menurut org yg hadir dlm mimpinya, ulat itu adalah anaknya juga dan hendaklah dipelihara spt mana dia memelihara anaknya manusia itu. Ulat itu diberi makan dan menjadi mainan anaknya itu. Oh ya, anak yg lahir itu adalah anak perempuan. Masa berlalu, ulat itu menjadi besar dan tidak muat lagi di dalam bekas. disimpan pula didalam tempayan. besar lagi, dipindah ke telaga dan akhirnya mendapat mimpi menyuruhnya dipindahkan ke laut di belakang rumah mereka. Ketika itu sudah kelihatan ciri2 anak itu spt naga dengan sisik dibadannya.

Naga ini diberi makan setiap hari. Setiap hari mesti ada yg beri ia makan jika tidak ia akan marah. Pabila si anak perempuan meningkat dewasa, sudah tiba utk dikahwinkan. Majlis dibuat besar besaran dan meriah. Org kampung bertungkus lumus membantu itu dan ini. Pada hari persandingan, tiba2 si pengantin perempuan berlari menuju ke laut spt hilang akal lagaknya. Kemudian, cuba pula merentas ke tengah laut (org yg melihat terkejut kerana pengantin itu melangkah diatas air tanpa tenggelam menuju ke tengah). barulah keluarganya teringat yg mereka lupa hendak memberikan naga itu makan kerana terlalu sibuk menguruskan kenduri kawin. Akhirnya naga itu dipujuk dan dijamu makanan yg enak2 dan pengantin perempuan itu selamat kembali ke darat dan sedarkan diri (pengantin itu membawa senaskah Al Quran semasa menyeberangi laut). sejak hari itu, naga itu tidak pernah diabaikan lagi.

sherrina mula dengar citer nie kira2 5 tahun lalu semasa melawat saudara mara yg tak pernah dijumpai di langkawi. malah sherrina pergi mengunjungi rumah keluarga yg dikatakan membela naga itu. ketika itu, makcik yg masih tinggal disitu adalah anak cucu cicit kpd pengantin yg melarikan diri ke tengah laut. sherrina tak terpikir nak tgk makcik itu dengan teliti. selepas pulang baru ayah sherrina bagitau. Bentuknya seakan kaki ikan/duyung/naga, lembik dan seolah2 spt kaki itik. ayah kata makcik tu adalah dr keturunan pengantin itu. kata ayah sherrina makcik tu dah pun meninggal dunia setahun dua yg lalu………Wallahu a’lam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *